Welcome Nailah Hasanah

Selamat datang ke dunia buat baby girl yang diberi nama indah oleh saudara Roszi kepada anak keduanya yang lahir pada 16.5.2011/12.6.1432 bersamaan Hari Guru, yang juga share tarikh hari lahir dengan isteriku tersayang puan Anne. Eh! lupe plak eh nak Wish ke puan, tapi takpelah next year puan ada geng nak selebret, apapon comei sangat plak dak Nailah ni kan. Nailah bererti Yang Memberi dan juga nama kepada isteri sahabat Nabi, Saidina Uthman bin Affan dan Hasanah pula memberi erti Kebaikan. Syukur semuanya sudah selamat dan termakbul sudah impian memiliki sepasang anak semoga amanah Allah ini akan dijaga, diasuh dan dididik sehingga menjadi insan yang memberi kebaikan kelak.

Aku agent ********

Aku pon tak tau tetiba lak macam2 lubang bisnes menerjah kehidupan aku yang selama ini dok rilek duduk diam hanya makan dan tido aje. Tapi sebenarnya bukan bisnes ni je aku penah berjinak, lama dulu aku penah juga buat macam2, tapi serba tak menjadi pulak, dalam pada tu sekarang ni aku buat juga macam2 kerja berkaitan laman web. Itu pon pasal ada sorang kakak tu yang percaya aku boleh melakukannya, padahal aku bukannya pandai pon, dah la tu satu sen pon aku tak mintak bayaran..wakakakak. Patut ke cemtu kan? tapi takpe lah, aku suka menolong orang disamping tu aku sendiri dapat mempelajari sedikit sebanyak ilmu IT. Balik semula kisah bisnes tayar ni tadi, sesiapa yang nak tukar tayar kereta tu boleh la calling calling, sebab kalo pergi tanya kedai harga sebijik tayar tu je kan memang sakit kepala nak fikir untuk 3 bijik yang seterusnya..hahaha. Sebenarnya aku jadi orang tengah seorang kawan yang kerja kilang Goodyear kat Shah Alam, so tayar ni datang terus dari kilang then korang akan dapat harga spesel dari kilang. Kalo di calculate korang untung la kot seratus dua  berdasarkan jenis dan size tayar. Sebagai contoh, gambar yang kat atas tu abang aku beli 2 bijik Eagle NCT5 bersaiz 205x55x16.

Ada bakat budak ni..

Sejak aku beli kamera dslr ni, aku memang tak pernah bagi Danish pegang walau berkali kali dia meminta untuk berbuat demikian. Inilah satu satunya harta yang aku tak beri dia sentuh walau apa yang terjadi, gila nak kasik kat dia? kang tak pasal pasal ranap gadget yang paling sensitip dan paling aku sayang ni. Entah macamana ek masa bercuti kat Sheraton baru baru ni (saja sebut lagi kasik orang jeles..hahaha) aku dengan selambaa melepaskan harta kesayangan aku tadi ke tangan dia. Aku tak tau apa mandrem yang dia dah tuju  ke aku, dalam sekelip mata Danish sudah pegang itu kamera dan tanpa membuang masa terus lip lap, kelecek kelecuk benda alah tu dia kerjakan. Satu perkara yang sungguh aku tak sangka dan tersangat kagum ialah cuba perhati kedudukan badan, kaki, tangan kiri dan kanan dia. Semua itu aku tak pernah ajar dan aku rasa semua tu dia pelajari melalui pemerhatian, almaklum yang dia dan kakak dia selama ini menjadi model tetap aku!

Imam Muda 2~Fattah

Program Imam Muda Musim ke 2 akan bersiaran dengan episod pertama iaitu Medan Imam Muda pukul 9 malam ini di Astro Oasis. Teruja betul aku menanti kesemua peserta kali ini sejak pelancarannya 2 minggu lalu di mana sekali lagi sejarah tercatat kerana menjadi fenomena seluruh dunia sejak program pertama. Dalam 10 orang peserta yang layak, terselit pulak seorang waghih den dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan iaitu Abdul Fattah bin Riddzwan berumur 21 tahun. Masih muda belia, Fattah pemegang diploma Tahfiz Al Quran Wal Qiraat dari Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sembilan dan bekerja sebagai Fasilitator. Kalau sesiapa perasan ketika pelancaran tempoh hari, Fattah kelihatan seorang yang sangat murah dengan senyuman dan senantiasa ceria. Syabas dan teruskan perjuangan kamu Fattah dan aku akan sentiasa menyokong dan kepada sesiapa yang teringin sila ke sini http://www.facebook.com/IM.FATTAH?sk=wall#!/IM.FATTAH?sk=info

Syoknya Sheraton Imperial..

Bercuti di Kuala Lumpur? pelik bunyiknya bukan? hahaha saja je bermalam di sebuah hotel bertaraf 6 bintang di tengah tengah pusat bandar Kuala Lumpur weekend semalam. Apa salahnya kan? save sikit bajet tak payah nak travel jauh jauh, jimat tenaga dan duit minyak sambil dapat menikmati keindahan bandaraya kota metropolitan. Kebetulan Nisa berada di Janda Baik mengikuti perkhemahan di sana dan hanya kami berempat beranak saja bersuka ria di bilik hotel di tingkat 29. Swimming pool di tingkat 5 dan pagi semalam kami duduk breakfast di cafe dari jam 8 sampai pukul 10. Segala mak nenek hidangan pagi kami bedal sehingga sorang demi sorang pergi ke toilet bersebelahan dan sambung semula makan sehingga waktu breakfast habis..ekekeke.

Tempoh bertenang..

Mintak maap banyak banyak pembaca blog semua..entah apo kono eh ntah dalam sebulan ni macam macam perkara sekitar kehidupan yang tak terduga berlaku. Semua itu ku anggap kifarah bak kat Vector tapi ada betulnya sebab segala kejadian semestinya berhikmah bukan? Entah apa jua yang tidak kena segalanya tak menjadi, semua yang ditulis terperap di dalam draft satu persatu. Makanya aku perlu menenangkan sebentar diri ini dan selesaikan satu demi satu segala perkara yang mendatang dalam bentuk ujian mahupun imbuhan. Atau aku kah yang tamak ingin mengenggam segala semuanya?

Stok sebelum Tsunami..

Sapa yang nak beli kete RECON dalam waktu yang terdekat ni silalah tangguh dulu hajat tu okay. Maklum ler kan Earthquake+Tsunami+Nuke Radiation yang melanda negara matahari terbit tu. Tak sanggup dah aku dok tengok dalam internet banyak sungguh gambar TW ni terapung, ada yang terjunam dan tenggelam dalam aftermath disaster kat Jepun tu. Sure lepas ni harga kete recon murah murah je tapi jangan nanti menangis tak berlagu kalu kete yang korang dapat dah masuk air kesan sume dah kena washed away. Nasib la aku sempat beli 4 bulan sebelum kejadian dan abang aku punya yang kat dalam porch tu pulak menyusul sebulan selepas aku punya keluar, bijak bang bijakk..ekekeke. Sapa yang berminat nak beli Alphard ke, Estima ke, Vellfire or even Honda Stream tu simpan je lah duit tu dulu. Opsss jangan terperanjat lak tau, hood TW aku tu kaler itam bukan pasal kena tsunami ek..hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

« Newer Entries - Older Entries »