Mukamu dalam Mukaku..hepi 7th besday Danish

 

Dialog dengan taukeh di depan sebuah kaunter kedai runcit…

Ah So : Ini lu punya bapak aa? (bertanya kepada  Danish)

Danish : Mengangguk sambil tersenyum senyum malu

Ah So : Ini lu punya anak ka? (bertanya pula kepada ku)

Aku : Ya, apasal?

Ah So: Muka manyak sama la anak sama bapak

Aku: Iya ka? (sambil aku sedikit musykil dan terus berlalu)

 

30 jam Mamai..

Entah dari mana aku mendapat kekuatan hingga tegap berjaga selama tempoh 30 jam tanpa tidur, satu perkara yang aku tidak pernah mampu untuk melakukannya sebelum ini. Mungkin itu pertolongan Allah dan Alhamdulillah semuanya selesai buat masa kini. Lupakan kiraan itu, kerana ia hanya fakta dan kalau nak dihitung jasa ibu dan bapa terhadap kita takkkan dapat kita bayar walau  segunung intan kita pajakkan. Bakti terhadap ibubapa bukanlah sejumlah wang ringgit dan harta kemewahan yang kita taburkan semata, terdapat banyak lagi cara yang setiap anak itu perlu memikir untuk cuba melakukannya. Dan ingatlah, hanya Allah S.W.T yang Maha Melihat dan Mengetahui segala isi hati setiap manusia di dunia ini sama ada setiap sesuatu itu dilakukan dengan hati yang ikhlas atau sebaliknya, maksudnya berbaktilah tanpa sedikit mengharap balasan dan jauhi sikap menunjuk nunjuk. Aku bersyukur kerana di saat ini aku masih ada kesempatan sementara ibu bapa masih ada di dunia ini untuk berbuat sesuatu yang mengembirakan hati mereka berdua walaupun hanya sedikit saja berbanding apa yang telah mereka berikan padaku sejak aku lahir ke dunia ini.

KaraK

Aku pergi menonton KONGSI beberapa minggu yang lalu, tetapi aku kecewa kerana jalan cerita yang kabur dan kesudahan cerita yang bangang walaupun keuntungan mencecah jutaan ringgit Malaysia. Aku tertipu dengan berita kutipan wang itu, tetapi boleh aku katakan seperti hanya Shaheizy Sam seorang saja yang berlakon filem itu. Lupakan Kongsi, aku pergi pula menonton KaraK hanya kerana puan ingin menontonnya, lalu aku memberitau puan yang aku membeli tiket filem Nur Kasih The Movie dan ternyata puan tertipu saat apabila gambar mula di tayangkan..hahaha. Apapon sekalung tahniah buat Yusry Abdul Halim sebagai pengarah dan adik beradik KRU selaku penerbit kerana menghidangkan sebuah filem seram yang lain dari yang lain, idea yang fresh dan penuh dengan pengajaran. Sekarang aku menunggu pula tayangan KL Gangster arahan Syamsul Yusuf.

Aktiviti Mingguan..

Tempat ni dah macam standard untuk  aku singgah tiap tiap minggu buat mengurut satu badan dari kepala sampai la ke bontot. Macam biasa puan akan ambik troli dan terus masuk ke Giant hypermarket membeli belah, budak budak pulak aku kasik 3 hengget sorang masuk kat pusat permainan sebelah, dan aku akan port di kerusi Rest N Go-Gintel ni paling kurang sejam. Biasalah puan kalau dah masuk ke dalam hypermarket macam tak jumpa jalan keluar, daripada aku membazirkan tenaga mengekor puan, baik aku merehatkan badan sambil kerusi ni mengurut ngurut badan yang terasa lesu kasik fresh. Paling kurang aku akan masukkan 5 hengget dan kerusi ni akan mengurut badan aku selama setengah jam sambil aku melelap mata membayangkan berada di dalam spa. Tunggulah nanti biler dah jadik jutawan, aku beli sorang satu untuk 5 beranak seisi rumah..hehe.

Welcome Nailah Hasanah

Selamat datang ke dunia buat baby girl yang diberi nama indah oleh saudara Roszi kepada anak keduanya yang lahir pada 16.5.2011/12.6.1432 bersamaan Hari Guru, yang juga share tarikh hari lahir dengan isteriku tersayang puan Anne. Eh! lupe plak eh nak Wish ke puan, tapi takpelah next year puan ada geng nak selebret, apapon comei sangat plak dak Nailah ni kan. Nailah bererti Yang Memberi dan juga nama kepada isteri sahabat Nabi, Saidina Uthman bin Affan dan Hasanah pula memberi erti Kebaikan. Syukur semuanya sudah selamat dan termakbul sudah impian memiliki sepasang anak semoga amanah Allah ini akan dijaga, diasuh dan dididik sehingga menjadi insan yang memberi kebaikan kelak.

Aku agent ********

Aku pon tak tau tetiba lak macam2 lubang bisnes menerjah kehidupan aku yang selama ini dok rilek duduk diam hanya makan dan tido aje. Tapi sebenarnya bukan bisnes ni je aku penah berjinak, lama dulu aku penah juga buat macam2, tapi serba tak menjadi pulak, dalam pada tu sekarang ni aku buat juga macam2 kerja berkaitan laman web. Itu pon pasal ada sorang kakak tu yang percaya aku boleh melakukannya, padahal aku bukannya pandai pon, dah la tu satu sen pon aku tak mintak bayaran..wakakakak. Patut ke cemtu kan? tapi takpe lah, aku suka menolong orang disamping tu aku sendiri dapat mempelajari sedikit sebanyak ilmu IT. Balik semula kisah bisnes tayar ni tadi, sesiapa yang nak tukar tayar kereta tu boleh la calling calling, sebab kalo pergi tanya kedai harga sebijik tayar tu je kan memang sakit kepala nak fikir untuk 3 bijik yang seterusnya..hahaha. Sebenarnya aku jadi orang tengah seorang kawan yang kerja kilang Goodyear kat Shah Alam, so tayar ni datang terus dari kilang then korang akan dapat harga spesel dari kilang. Kalo di calculate korang untung la kot seratus dua  berdasarkan jenis dan size tayar. Sebagai contoh, gambar yang kat atas tu abang aku beli 2 bijik Eagle NCT5 bersaiz 205x55x16.

Ada bakat budak ni..

Sejak aku beli kamera dslr ni, aku memang tak pernah bagi Danish pegang walau berkali kali dia meminta untuk berbuat demikian. Inilah satu satunya harta yang aku tak beri dia sentuh walau apa yang terjadi, gila nak kasik kat dia? kang tak pasal pasal ranap gadget yang paling sensitip dan paling aku sayang ni. Entah macamana ek masa bercuti kat Sheraton baru baru ni (saja sebut lagi kasik orang jeles..hahaha) aku dengan selambaa melepaskan harta kesayangan aku tadi ke tangan dia. Aku tak tau apa mandrem yang dia dah tuju  ke aku, dalam sekelip mata Danish sudah pegang itu kamera dan tanpa membuang masa terus lip lap, kelecek kelecuk benda alah tu dia kerjakan. Satu perkara yang sungguh aku tak sangka dan tersangat kagum ialah cuba perhati kedudukan badan, kaki, tangan kiri dan kanan dia. Semua itu aku tak pernah ajar dan aku rasa semua tu dia pelajari melalui pemerhatian, almaklum yang dia dan kakak dia selama ini menjadi model tetap aku!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

« Newer Entries - Older Entries »