Memang benar ungkapan hidup ibarat roda. Fitrah manusia dari alam roh ke alam nyata. Seorang bayi akan membesar dewasa, menginjak tua dan seterusnya kembali menjadi bayi. Menunggu saat kembali ke alam roh. Terima kenyataan itu jika Allah memberi bonus usia. Allah menguji setiap manusia itu mengikut kemampuan. Abah emak diberi sakit supaya anak anak mendapat ujian. [...]
Read Full Post »
Filed under
Family Matters
Posted on
October 24th 2011
Sudut ruang tamu ini adalah tempat abah bersolat sambil duduk. Baring, makan, minum dan segalanya. Baju putih Western kotak kotak tu berjenama Wrangler. Mak cakap abah beli masa duduk Batu Arang dulu kat kedai bundle. Baju ni abah mintak nak pakai 5 hari lepas sebab cuaca amat sejuk kebelakangan ini. Baju ni dok ada tersimpan [...]
Read Full Post »
Filed under
Apa2 Aje
Posted on
September 22nd 2011
Lama sungguh tidak menulis. Tangan terasa gatal tetapi keinginan tidak ada. Begitu payah untuk memulakan semula bait bait cerita, tetapi idea tiada menjelma. Bila idea menerpa, masa pula mencemburui. Laptop sudah lama tidak ku pegang. Pc sudah berbulan tidakku buka. Yang ada kini sebuah tablet yang begitu mudah untuk digodek sepanjang masa tak kira tempat. [...]
Read Full Post »
Filed under
AKU
Posted on
September 16th 2011
Kalau dah rezeki takkan ke mana..ungkapan ini aku pegang sejak 3 tahun dulu, namun 3 tahun itu agak lama juga ibarat menanti buah yang tak keguguran. Tidak mengharap tetapi jika ada tiada masalah, jika adapon masalah itu boleh ku tolak tepi dahulu bersandarkan percaya setiap rezeki itu datangnya dari Allah. Boleh jika aku menolak, tetapi [...]
Read Full Post »
Filed under
AKU
Posted on
August 8th 2011
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana aku masih diberi-Nya peluang untuk bertemu Ramadhan Kareem tahun ini walau Ramadhan kali ini tidak sama Ramadhan 30 tahun dulu, Ramadhan 20 tahun dahulu mahupun Ramadhan sepuluh tahun yang lalu. Aku harus menerima hakikat bahawa dedaun masa itu akan tetap berguguran dan zaman akan senantiasa berputar setiap masa. Sedih [...]
Read Full Post »
Filed under
Perayaan
Posted on
August 1st 2011
Di saat nukilan ini ku titip, mataku hampir penuh terjaga, abah asyik gelisah di atas katil sambil penekup oksigen dan pembaca degupan jantung acap kali terlucut. Aku yang asyik memerhati terus membetulkan ia semula. Badanku teramat penat sekali tetapi aku tidak langsung dapat melelapkan mata. Mungkin sebab Red Bull setin telah ku teguk selepas isyak [...]
Read Full Post »
Filed under
AKU
Posted on
July 10th 2011
Sejak empat hari lalu hidupku hanya sedikit di rumah dan selebihnya di sekitar Hospital Kuala Lumpur. Setelah mamai 30 jam seminggu yang lepas, kali ini mamai itu berlipat kali ganda berjam jam tak terkira. Putaran kehidupan selesa sudah berubah dan aku tidak tahu apa akan terjadi selepas ini dan aku mesti tabah menghadapi ujian Allah [...]
Read Full Post »
Filed under
AKU
Posted on
June 27th 2011