TV3 tarik balik iklan raya..
Iklan dimulakan dengan seorang budak sedang membaca buku di dalam rumah.
Di dalam buku itu tedapat gambar sebuah beca dan tiba tiba gambar itu mengeluarkan sinaran dan muncul seorang pakcik berkopiah dan membawa beca itu terbang.
Budak budak dibawa terbang menaiki beca oleh pakcik dan kelihatan budak budak itu sangat gembira berimajinasi.
Lalu tiba di sebuah tempat yang asing dan sangat indah. Di tempat itu terdapat kelopak bunga dan keluar pelita dari dalamnya.
Aku tak sempat menonton iklan raya terbaru terbitan TV3, tetapi sejak semalam kecoh mengatakan iklan tersebut dikecam hebat pelbagai pihak kerana memaparkan ideologi 1Malaysia. Dari pengamatan aku melalui gambar ini ianya amat banyak dipengaruhi unsur Kristianiti dan sedikit unsur Buddha dan Hindu. Apa dah jadi ni? di mana sensetiviti mereka yang membuat iklan raya sebegini dan lagi pula pelakon dalam iklan ni kebanyakkan budak budak, ini namanya kreativiti tak bertempat. Ditakuti kanak kanak Islam ini akan terpengaruh dengan unsur khayalan dan budaya agama yang dicampur adukkan. MasyaAllah!
kredit: sharinginfoz.blogspot.com




