Maher Zain~InsyaAllah soundtrack Jejak Rasul 16
Maher Zain, artis Sweden keturunan Lubnan berusia 28 tahun, telah berjaya mendapat tempat di persada muzik dunia khususnya di kalangan peminat lagu-lagu nasyid. Album sulung ‘Thank You Allah’ mengandungi 13 track dan 2 bonus yang dilancarkan pada 1 November 2009 lalu sehingga kini sering kedengaran di internet, mungkin juga di radio. Pernah tercatat di kedudukan no 1 carta Amazon’s World Music dan no 9 carta R&B, muzik videonya dilihat hampir sejuta pengunjung di laman Youtube, manakala mendapat sambutan ‘soldout’ pada konsert di Algeria, Australia, Belgium, Canada, Egypt, England, France, Holland, Sweden dan USA. Dengar khabar, dari sumber FB Maher Zain sendiri, beliau ada bercadang ke Malaysia. Gabungan pelbagai rentak seperti R&B, Soul, World Music dan Acoustic berserta bait-bait lirik indah penuh makna dengan alunan suara merdu menjadikan lagu-lagu Maher Zain tidak jemu untuk didengar. Antara lagu yang mendapat tempat di hati peminat ialah ‘Open Your Eyes’. Menurut Maher Zain ketika ditemuramah di La Taverna Cafe di Kaherah, ‘Open Your Eyes’ bertujuan mengingatkan orang ramai supaya melihat sekeliling, memerhatikan dan mencari tanda kebesaran Tuhan yang ada di sekitar mereka. Tetapi di dalam entri ini aku postkan klip video lagu InsyaAllah yang menjadi fevret aku sejak lagu ini kedengaran dari siri Jejak Rasul 16 yang sedang bersiaran di TV3 sekarang. Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat blogger Kelana yang memperkenalkan aku kepada Maher Zain, seorang penyanyi & penggubah lagu nasyid berkonsep moden yang sangat unik dan hebat. Banyak lagi lagu yang sedap didengar..
Sila klik link kat bawah ni untuk men’download lagu dalam format MP3.
http://www.4shared.com/get/AoCVPp43/Maher_Zain_-_Insyaallah.html
http://www.4shared.com/get/cd9fwSyd/Maher_Zain_-_Open_Your_Eyes.html
http://www.4shared.com/get/QgLnKQ6M/Maher_Zain_-_For_the_Rest_of_M.html
http://www.4shared.com/get/1lthxhPZ/Maher_Zain_-__Always_be_there.html