Dapat award n kena TAG..
Wah..kembang kempis hidung aku sekejap biler terima award, walhal sejak gemenjak aku berkecimpung memblog ni dari tahun 2006 tak pernah pon dapat apa apa anugerah sebegini tapi kena TAG tu pernah la juga. Apapon terima kasih la aku ucapkan buat sahabat blogger Kelana kerana sudi memilih aku untuk menerima award ini sedangkan dia baru mengenali aku seminggu dua ni. So aku anggap ini rezeki dan rahmat sempena bulan Ramadhan dan aku sebenarnya sangat berbangga dan kagum dengan blogger Kelana dan bahan yang dibawa di dalam blognya. Di bawah ini serba sedikit coretan ataupon bukti aku dapat award dan kena TAG oleh Kelana yang aku cedok dari blog Alam Semesta atau kalu tak percaya boleh masuk tengok kat sini.
Kena tagged 5 rakan blogger lain untuk terima award nie..aicehh..part nie yang cukup pancaroba nih..kalau boleh kelana nak bagi kat semua yang kelana kenal.. sukarnya nak senaraikan 5 calon, ibarat mengasingkan gula dari beras (tiru ayat Anis sat..takpe kan Anis..hihih). Setelah dipikirkan sehari semalam.. dengan menggunakan teori graviti dan halaju cahaya di alam semesta ;) …. kelana berhajat nak panjang kan ‘simbol’ silaturahim nie pada… Halym
TAG nya ialah aku kena senaraikan 7 makanan kegemaran berbuka dan bersahur:-
1. Kurma ~Mesti ada at least sebijik masa berbuka dan bersahur.
2. Nasik~Sejak kecik masa berbuka dengan ibu bapa dan adik beradik, kami memang belasah nasik dengan lauk pauk biler berkumandang je azan. Maknanya kalo takde nasik rasa lain macam pulak tapi kalo buka kat surau atau rumah orang takde la mati mati aku nak mintak nasik jugak..hehe.
3. Ikan Terubuk Bakar dan gulai siput sedut~ini fevret aku masa berbuka, kombinasi dua ni kalau aku dapat maknanya aku takkan kacau korang berbuka dan diam tak berkata apa apa masa makan..hehe.
4. Kueh Lopis dan kueh kelepung (sebutan org N9)~ Kueh pulut kaler hijau bersalut inti kelapa ini dimakan dengan kuah gula enau dan kueh kelepung tu orang KL sebut kueh buah melaka dan yang paling sedap tentu yang mak aku buat punya..hehe.
5. Kueh PEK POK~ orang KL sebut kueh badak berendam tapi orang N9 sebut pek-pok, tapi susah nak jumpa sekarang ni kat bazaar Ramadhan tapi maktih aku buat memang sedap, lagi sedap biler inti kelapa tu ada campuran durian sikit..perghhh.
6. Orange Juice~Aku suka minum air masam waktu buka, apa apa yang masam lagi kalau air tu air asam boi lagi aku suka dan waktu sahur pon aku minum air masam supaya lepas bangun tido tekak aku takde rasa payau. Sekarang ni air oren Twister mesti ada stok 4-5 botol dalam ice box.
7. Ikan Bilis Sambal~ini mesti ada masa bersahur dan syaratnya sambal ini mesti pedas dan bukan manis ya. Kombinasi ia dengan nasik panas panas waktu sahur akan membuatkan aku menambah nasik 2-3 kali pinggan..hahaha.
Secara kebetulan ada 2-3 perkara yang menyamai kegemaran encik Kelana tapi aku anggap itu satu kebetulan saja dan bukan sengaja mencedok idea dia. Ini menunjukkan yang aku dan Kelana mungkin sama dari sudut citarasa dan agaknya kami memang boleh serasi..ekeke.

yaAllah pnDak..
sodap tul5
[Reply]
Halym Reply:
September 2nd, 2010 at 8:05 pm
hehe…ade ke pewaris yg pandai buat ni?
[Reply]