Jersey baru MU~2010/2011

 

World Cup dah habes seminggu yang lalu, tapi pelik je aku rasa masa World Cup hari tu sebab terpaksa bermusuh sekejap dengan penyukung fanatik England dan aku rasa kelakar je tengok Wayne Rooney n the gang main…hahaha. Lupakan pasal World Cup dan aku terpaksa beri tumpuan semula kepada Wayne Rooney dan khususnya kepada Liga paling hebat dan glemer seantero dunia iaitu English Premier League. Buat sapa yang tak layan Liga ni boleh shuh shuh shuh pergi fly kite okay..ekeke. Untuk musim 2010/2011 jersey MU ditaja oleh syarikat peralatan sukan NIKE dan AON iaitu syarikat insyuren kedua terbesar dunia berpangkalan di Chicago USA. Nampak retro je jersey baru MU ni kan, teringat masa zaman Norman Whiteside main dulu, masa tu Adidas yang taja dan kali ni boleh la fans pakai jersey ni dengan kolar terangkat persis lagenda Eric Cantona. Kejap, aku nak usha kat Up-Town, dah ader ke belum jersey ni..hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...