Akhirnya kau Azhar..hehe

Azhar sahabat aku dari sekolah rendah bermula darjah 1 sehingga tingkatan 3, bermakna kami sama sekolah di MBS Sentul sejak 1978-1988. Habis tingkatan 5, aku terputus hubungan dengan dia kerana kami mencari haluan masing masing tapi aku tau yang Azhar menetap kat area Gombak. Pertengahan Jun lalu, tiba tiba dengan izin Allah SWT kami bertemu semula setelah 22 tahun tiada bersua muka. Pertemuan kat restoran mamak hari tu membuatkan aku terkejut apabila Azhar dapat mengingati dan menyebut depan aku kesemua nama cikgu kelas sekolah dari darjah 1 sehingga tingkatan 3. Dan selepas itu aku terkejut badak sekali lagi  apabila dia mengeluarkan kad jemputan perkahwinan dia dengan seorang gadis pilihan. Haaaa?? baru nak kahwin??? biar betul? hahaha…nak tergelak tapi aku sebenarnya amat kagum dengan Azhar yang begitu sabar menanti jodoh sehingga sampai ke tahap usia begini. Lagipon aku dah pastikan betul betul yang ini bukan perkahwinan kau buat kali ke 2,3 atau yang keempat..ekeke. Tak kesah la kau tertinggal bas sekalipon, janji kau dah selamat dan aku tampil pada hari bahagiamu dan merakam beberapa keping photo untuk aku simpan buat kenangan. Sila ke blog photo untuk gambar gambar Azhar dan pasanganya yang bernama Ningrum Ruminan. Selamat berbahagia!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...