Dah renew..

Salam pengunjung semua..lama tak menulis, rindu jugak aku pada  blog ku ini. Sibuk betul gamaknya beberapa minggu kebelakangan ini, maklum  ler cuti sekolah, a.k.a musim mengawan, ramai ler yang naik pelamin. Seperti yang pernah aku bagitau sebelum ini, sampai tak menang tangan aku terima job ambik gambar dan sampai aku tak percaya aku terpakse tolak 2 daripadanya. Ya lah aku mesti mendahulukan saudara terdekat, kang kecik ati pulak depa..hehe. Alkisahnya, baru hari ni aku dapat renew hosting server blog Dari Kacamata ni yang dah expired 3 hari yang lepas. Kebetulan sebelum hosting blog aku ni expired, server hosting ni down buat beberapa hari. Aku pernah terbaca dalam banyak artikel tentang server SEPAKU hosting ni kat dalam blog dan forums yang mengutuk keupayaannya. As for me, sejak aku melanggan setahun yang lalu, rasanya server hosting ni tak pernah down dalam jangka masa lama, ini bermakna setakat ini aku agak berpuas hati juge lah. Tak kesah la kalau derang nak kutuk kutuk Sepaku Hosting ni, aku sebenarnya tak kesah sangat walaupon murah janji  aku puas hati.  By the way, aku terlalu sibuk dengan dunia fotografi sekarang ini dan percaya tak aku sebenarnya hampir hampir mengambil keputusan menutup blog ini apabila hosting blog ni tamat tempoh. Nasib baik aku sempat berfikir sedalam dalamnya, dan Alhamdulillah bila dah renew halym.net ni bermakna masanya untuk tutup masih belum tiba….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...