Splashin’@Sunway Lagoon

Kali terakhir aku ke sini ialah 2 tahun yang lalu, masa tu Berita Harian sponsor tiket pree, tapi waktu tu dok ada hampir 50,000 orang maknusia membanjiri Taman Tema yang paling terkenal di ibu negara. Sesak masa tu tak boleh nak cakap, chances untuk main kat Amusement Park sangat terhad, kat Water Park pulak hanya dapat main kat gigi air aje, sian budak budak. Tiket masuk Sunway Lagoon ni bukannya murah ooo, dewasa rm80, kanak kanak (ketinggian bawah 90cm) rm50 sorang, nasib baik laa tiket pree, if not kena kumpul duit setahun baru dapat masuk..hehe. Alhamdulillah, tahun ni banyak pulak JOB yang aku dapat, so ganjaran dia lumayan la jugak, hehe. Itu baru JOB buat dan menten blog je, belum lagi JOB fotografi yang datang mencurah curah pulak sekarang ni, sampai aku terpaksa tolak..hahaha. Ape pon maceh la kak ye, kerana bermurah hati, walaupon masa sain kontrak patutnya untung saya berjuta ratus hengget…wakakak. Apapon jua kami sekeluarga amat enjoy sekali weekend baru ni, cuma aku menyesal teramat sangat sebab tak bawak peralatan mandi. Sibuk dengan peralatan kamera, sampai terlupa yang kat Sunway Lagoon ni ada tempat bermandi manda, aku ingatkan ada buaian, cawan berpusing dan roller coaster je…mencikkk!

Gambar selanjutnya sila ke blog fotografi..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...