Bukit Putus 2010

Masa kecik kecik dulu aku memang tak suka dengan Bukit Putus, dengar nama pon aku dah rasa nak termuntah, apa lagi biler aku melaluinya. Tapi dulu mana ada jalan lain lagi dah kalau nak balik ke kampung, nak tak nak terpaksa je la redah. Orang Kuala Pilah dan Bahau memang masak la dengan cerita Bukit Putus dan misteri yang ada di dalamnya. Bagi aku pula, takde lain yang aku risaukan melalui Bukit Putus ni selain dari muntah akibat pening dulu masa kecik. Dulu kereta mana ada air-condition, lepas tu pulak dalam tu sesak macam sardin, maklum la adik beradik ramai, naik pulakĀ  krete Mini Minor. Naik bas lompat lompat pon aku muntah jugak dalam plastik standby bawak dalam beg. Sekarang ni aku tak takut lagi melaluinya, sebab aku yang memandu kereta dan takde rasa pening lagi. Bagi sesiapa yang tak biasa pasti biol sekejap dengan selekoh tajam masa nak panjat dan menuruni Bukit Putus. Nasib baik ada Ulu Bendul, kat situlah port standard aku dulu memuntah laharkan segala isik dalam perut biler dah selesai tawaf 7 pusingan lereng Bukit Putus. Air sungai Ulu Bendul sekarang tak sejernih dan mulus 30 tahun yang lalu, umpama kalo dulu lepas muntah, aku bermandi manda siap nampak pari pari dan awek bunian melepak kat tepi batu tu. Now Bukit Putus sudah berubah wajah, tiada lagi selekoh maut dan kengerian terjatuh ke dalam gaung yang dalam lagi misteri itu. Sudah ada lebuhraya baru merentasi bukit tetapi jalan lama masih ada kekal di situ jika sesiapa ingin merasai pengalaman menakjubkan..



Lebuhraya yang baru siap dibina tahun lalu dan mula dibuka selepas raya kelmarin. Weekend lepas aku sempat melaluinya buat pertama kali dan yes memang bebaloi usaha pihak berkuasa terutama YDP Negeri Sembilan dan Menteri Besar yang baru. Tiada lagi kepayahan yang dilalui rakyat untuk menyeberangi Bukit Putus sejak berpuluh puluh tahun yang lalu..

Kebiasaannya jika melalui jalan lama, kita mengambil masa kira kira 20 sehingga 30 menet untuk melepasi Bukit Putus berbanding 5 menet menggunakan lebuhraya yang baru sekarang. Tetapi apabila tiba musim perayaan, dengan kenderaan yang bertambah di atas jalan raya, jangan mimpi lah nak dapat 20 menet melepasi jalan lama Bukit Putus..

Semasa melaluinya untuk ke Kuala Pilah baru ni, perjalanan amat mudah dan selesa sekali, tetapi ini senario semasa aku pulang dari kampung dan melalui lebuhraya pada sebelah petangnya. Terkejut jugak aku apabila terperangkap dalam kesesakan di puncak Bukit Putus melalui jalan baru. Aku pon tak tau apesal, maybe kenderaan bergerak perlahan..

Berderet sehingga ke penghujung lebuhraya dan lepas tu clear, sempat la menikmati keindahan hutan semulajadi di atas puncak Bukit Putus. Entah berapa kepala kambenĀ  MDNS kena ‘kawtim’ dengan penunggu bukit ni ek..hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...