Binatang ni laa yang kaput..

ECU atau nama sebenarnya Electronic Control Unit fungsinya untuk menetapkan aturan penyalaan, sukatan minyak dan parameter parameter yang lain. Unit ni biasa ada pada kereta mahal seperti Merc atau BMW tapi ianya telah diperkenalkan Proton bermula model Gen2. Minggu lepas kete yang dipandu puanĀ  tiba tiba terhenti tengah jalan dan langsung tak boleh dihidupkan, nasib baik dekat je dengan rumah. Terima Kasih buat beberapa orangĀ  warga Kota Damansara yang semuanya prihatin kerana sorang demi sorang berhenti dan bertanya puan masalah kereta dan siap tolakkan kereta ke tepi. Aku menalipon pomen masa tu untuk check tapi dia kata ia bukan mekanikal problem tetapi masalah elektronik. Akhirnya aku panggil tow truck untuk tarik ke workshop yang boleh bikin benda elektronik kat Subang 2. Bulan lepas aku ada buat Alarm baru kete ni, taktau lah kalo benda tu ada kena mengena sehingga boleh attack ECU tu sampai terbakar. Sehari sebelum tu puan kata kete ni dah menunjukkan tanda tanda, enjinnya mati sendiri dan ada bau terbakar melalui lubang air-cond. Koyak rabak poket aku tukar seketul ECU tuh..

Sian tengok kete aku masa nak kena tarik ni, last ada pengalaman macam ni tahun 2001 masa pakai Wira. Masa tu pon puan Anne jugak yang bawak kete..hehe.

Entah sumpahan apa yang kena, aku pinjam kete Kancil abah sehari selepas kete aku masuk workshop. Besok tu tiba tiba tayar belakang Kancil ni pulak pancit melepet. Nasib baik masa pancit tu kete ada kat parking depan rumah. Penat betul masa tu, nak tak nak terpaksa laa bukak tayar guna jek, last sekali aktiviti buak tayar ni 13 tahun dulu kot. Lepas siap bukak tayar ni, tayar spare tu pon pancit jugak! iskk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...