Selamat Ulangtahun ke 8..

Takdir menentukan yang perjalanan awal kehidupan beliau terpaksa menempuh satu ujian maha berat disaat baru 4 bulan mengenal dunia. Trauma keadaannya ketika itu, sama sebenarnya trauma yang kami sebagai ibu dan bapa menanggungnya. Alhamdulillah semuanya itu sudah lama berlalu, dan yang penting sekarang ini Nadhira sihat seperti sediakala dan terus menjalani kehidupan biasa sebagai kanak kanak yang akan menginjak remaja dan sudah pon memasuki Tahun 2 persekolahan di sekolah Kebangsaan Seksyen 6, Kota Damansara. Allah akan sentiasa menguji setiap hambanya di muka bumi ini tak kira siapa ataupon ketika dan kita sepatutnya bersyukur kerana setiap ujian yang datang itu pasti akan ada hikmah yang tiada kita duga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...