Aku kembali ke tempat misteri..
Sejak peristiwa kununnya ‘termasuk’ ke alam ghaib tempoh hari, aku seperti serik untuk kembali semula ke situ, tetapi kita sebagai manusia hanya merancang, Allah jua penentu segalanya. Cuti panjang weekend sempena raya cina baru ni, aku satu family seperi di’tarik’ semula ke tempat berpuaka kununnya, tanpa aku merancang sedikit pon. Ya, itulah hakikatnya dan aku kembali ke Seri Pena, Port Dickson petang hari Sabtu, checked-in tepat jam 6 petang dan senario persekitarannya memang cukup berbeza kali ini. Layan gambar gambar seterusnya yang akan menceritakan semua detik gembira dan percayalah sebenarnya semua cerita di sebalik gambar memang cukup berbeza ketika aku satu family bermalam di sini sekitar November tahun lalu dan ianya masih kekal menjadi misteri….huhu
Note:- gambar gambar adalah hasil dari camera Canon IXUS 90IS yang aku pinjam dari seorang kawan.
Pelik tengok kereta banyak masa baru sampai, aku tak dapat parking sebab parking penuh !!..kenapa hari tu takde sebijik kete pon paking kat sini kecuali kete haku?
Checked-in Room no 19 (bilik second last, tingkat paling atas). Kat tempat aku berdiri snapped gambar ni lah makcik tu berdiri sambil menegur puan yang sedang berseorangan mengunci bilik..huh! tak de sivik langsung makcik tuh..
Gambar yang aku snapped dari balcony bilik masa baru sampai..kenapa sebelum ni takde orang?…maknusia ke semua tu??
Nampak tak kat background tu sapa? sapa lagi..kaum Hawa sedang pot pet pot pet.. Kat situlah makcik misteri berdiri sambil memerhati aku dan anak anak bermandi manda tempohari dan makcik misteri langsung tak kelihatan kali ini..ke mana dia pergi??
Aku tak merasa mandi..kolam penuh !! Keadaan hiruk pikuk dengan suara orang ramai..kenapa dulu senyap dan sunyi??
Begitu juga halnya di pantai..crowded!
hahaha..tension je, kat sini pon kena buat homework gak!!
Nasib baik ada laptop siap dengan sound system..takde lah pikiran aku melayang pikir yang bukan bukan..










Trip yang dulu tu dah dekat sangat nak raya haji kan? semua orang NST sibuk nak beraya, sedangkan trip kali ni raya cina. Mestilah sri pena penuh. Kalau tak puas hati juga, anggap saja misteri yang tak dapat diselesaikan (unsolved mystery), macam X-Files.
[Reply]
Halym Reply:
February 21st, 2010 at 12:54 pm
Misteri tetap jadi misteri apabila semua sudut pandangan dan environmental yang
agak pelik luar biasa..siapa yang melalui situasi berkenaan pasti akan merasakan sesuatu yang berlainan…(wahhh bahasa aku..ekeke)
*entri ni saja je nak kasik orang Bandar Baru lebih takut dan takut dan takut….hahahaha
[Reply]
tempat misteri? tempat inilah di mana bermulanya sejarah “HANG TUAH” kembali :p
[Reply]
Halym Reply:
February 21st, 2010 at 12:57 pm
asal cerita tercipta pingat Hang Tuah jua adalah dari cerita yang aku bawakan kepada si ibu dan bapa…….nah bukankah misteri sentiasa menyelubungi kerana si budak hampir tenggelam seluruh anggota badan dan aku yang kebetulan meninjau terus menjerit ke arah ‘Hang Tuah’ yang sedang berdua duaan di dalam kolam bersama kawan sejenis…hahahahahaha
[Reply]
salam.. apo kato kito poi ramai2 se kali lai pnDak..
[Reply]
halym Reply:
February 21st, 2010 at 4:37 pm
yup…saya nak organize gathering bulan 6 kita 7 family with bbQ dan ping pong game..i’ll email you guys nnt..
[Reply]