Blood test@medical check-up..
Ya ampunnn..aku memang takut kena cucuk dengan jarum, kalo boleh aku nak kasik tangan aku yang sebatang ni je kat doktor suruh dia cucuk ke nak buat hape. Aku ambik masa bertahun untuk buat keputusan memberani dan menyerah diri untuk buat blood test ni semata mata takut dengan jarum. Semalam aku kumpulkan segala kekuatan jasad, jiwa dan raga untuk menahan segala kesakitan akibat kena cucuk dengan jarum yang tajam lagi kejam. Kali ini puan Anne tiada kompromi lagi dengan sikap sambil lewa aku yang takutkan jarum, yang tidak menghindarkan nasihat ramai doktor supaya pergi membuat medical check-up. Cisss aku rasa cam nak putus tangan aku masa kena cucuk dek jarum tu semalam, apalagi aku membayangkan yang jarum itu sebesar ibu jari tangan. Ternyata semalam lengan aku telah berjaya dicucuk oleh jarum durjana yang sentiasa laparkan darah itu…huh
Sejak bulan puasa yang lalu, aku telah mula merasai kesakitan terhadap fizikal diri ini, semua itu aku tidak rasakan sejak mula aku hidup selama bertahun yang lalu (umur rahsia). Ini semua agaknya sebagai petanda yang aku telah sampai ke persimpangan kehidupan atau apa orang kata krisis pertengahan umur..hahaha aku belum 50 tahun lagi ye. Now aku sedar yang kita bukan selamanya boleh hidup sihat bergumbira walapupon fakta mengatakan aku tidak pernah dimasukkan wad kat mana mana hospital. Alhamdulillah, Allah beri sihat dan kalo sakit tu cuma sikit dirasakan tapi pernah gak la beberapa kali jatuh motor walau tiada pernah doktor mengatakan aku ni menghidap sesuatu penyakit kronik. 2009 amat berlainan kerana Ramadhan yang lalu, Allah beri signal yang aku harus buat sesuatu untuk menten kan kesihatan yang selama ini terabai, tapi aku masih degil dan now aku dah sedar kalo dihitung dari bulan September hingga Januari ini, sudah 4 bulan aku kerap sangat jatuh sakit. Perjumpaan dari hati ke hati dengan doktor tempoh hari menyedarkan aku betapa pentingnya kesihatan fizikal dan mental untuk aku terus kuat melayari kehidupan penuh pancaroba ini. Pertama aku dinasihatkan membuat blood test untuk mengenal pasti apa punca sakit yang kerap menerpa dan menjaga makan adalah perkara yang amat doktor tekankan ketika ini.
Perkara nombor satu yang aku tak boleh ambil buat beberapa ketika sekarang ialah daging dan Alhamdulillah sejak 1 Januari 2010 , aku belum sentuh lagi apa apa yang berkenaan dengan daging. Memang sejak dulu aku memang orang kata kaki sup eko, sup tulang, sup daging, sup gear box, sup tunjang dan kadang kadang kambing panggang. Mulai sekarang jika aku nak hidup (ceh, nak hidup?), aku kena jauhkan ini semua, sebab ini punca punca kuat yang aku menderita kebelakangan ini..
Tempat kedua jatuh kepada segala makanan seafood yang menjadi favourite aku sejak dulu sampai sekarang. Yang selalu aku pesan apabila makan ialah TomYam seafood, nasik gorang seafood, sotong goreng kunyit, udang masak pedas, kerang rebus, lala goreng, siput sedut memang aku suka sangat makan. Tapi kini aku terpaksa berpisah dengannya untuk beberapa ketika, nak kata aku ada gout tak juga, tapi sendi tangan aku selalunya sakit sakit kerananya dan tak sangka doktor kata yang gout bukan hanya menyerang kat kaki..eh?
Aku dinasihatkan untuk memakan sayuran dan seberapa banyak ikan yang boleh, tapi bukan ikan murah tau, ikan yang mahal sikit kategori ikan kerapu ke ikan jenahak atau kian tuna..ceh
Aku juga dikatakan ketagih mengadap komputer tak kira masa, pendek kata lepas layan desktop kat bilik bacaan, sambung pulak dengan laptop kat bilik tidor. Kat opis jangan cakaplah, sepanjang masa..Justeru aku rasa mata, tengkuk dan pinggang aku mulai komplen yang aku sudah terlebih guna anggota badan tersebut. Haa tengok, ni pon dah panjang aku menaip dah ni, tak elok untuk kesihatan gak ni, ke aku kena say goodbye kat dunia blog buat sementara waktu? iskkk





bahahahaha tak sangka pakndak ku yang pada walnya ku kira gagah perkasa rupanya takot jarum.hadoi! bhahahaha nasib baik makndakku lagi kuat, tidak seperti pakdak mencik! adoiyai..
[Reply]
halym Reply:
January 14th, 2010 at 3:51 pm
ceh…sukanya diaaaa….ala setakut jarum tu hape la sangat..
[Reply]
pengsan dak???nak gelakkan neh
ekkekee
[Reply]
halym Reply:
January 14th, 2010 at 3:48 pm
sikit je lagik nak pengsan..hahaha
[Reply]
PENAKUTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT!!
[Reply]
halym Reply:
January 14th, 2010 at 3:49 pm
hek elle..mana de aku penakut?? bluweks
[Reply]
pnDak..
gambar2 tu memang seperti ade dalam buku anak2 kite sekolah rendah berkaitan-pyramid makanan-amalan pemakanan yang sihat-mudah2 kite cuba ikut!!
[Reply]
halym Reply:
January 14th, 2010 at 9:33 pm
iye ke? kira kreatif gak saya ni kan..hehe,
apapon ambik je ia sebagai ikhtibar.
[Reply]
pergh…kenikmatan raya2 x bleh telan daging memang x kacip langsung. seru dah sampai untuk ko makan makanan kategori warga emas. hahaha…kesiaaann..
[Reply]
halym Reply:
January 16th, 2010 at 9:21 am
cisss…ko memang sengaja nak menduga…oit raya lambat lagi lah..mana ler tau nnt kan..hehehe
[Reply]
ptt la letak pic org len punye lengan
[Reply]
halym Reply:
January 16th, 2010 at 9:18 am
memang laa..aku kan hantar lengan aku je tuk dokto cucuk
ekeke
[Reply]
[Reply]
halym Reply:
January 16th, 2010 at 9:17 am
dalam banyak banyak tu gamba ikan gak yang abang suka ek..hehe
kena makan ikan banyak banyak sampai muntah..haha
[Reply]
sodap pnDak ikan tu.. buek gulai!!
[Reply]
halym Reply:
January 20th, 2010 at 12:24 am
bro, result dah dapat,
mmg benar kolesterol sy agak tinggi
lepas kena diet..jaga makan
[Reply]
[Reply]
halym Reply:
January 21st, 2010 at 2:52 am
ping pong ni kadang2 takde kaki nak main,
kalo boleh main sorang takpe..hehe
doktor advice soh jaga makan jer..
dan jangan fikir banyak banyak
kurang kan main komputer..huhu
[Reply]
yeob Reply:
January 24th, 2010 at 1:01 pm
doc suh kurangkn men komputer.. tp mu leh ngadap pda
[Reply]
Halym Reply:
January 24th, 2010 at 11:05 pm
aku dah kurang dah ni ngadap komputer,
aku cuti sat 2 bulan mem-blog kot..
aku baru baik dari kena denggi …
so … keep healthy bro…
makan jgn pantang.. tak baik org tua cakap…
[Reply]
halym Reply:
January 27th, 2010 at 10:07 pm
patut ler sonyap yo
banyak nyamuk ke senawang tuh?
tu ler pasal, abah den tak suka den pantang..balun je apa yang patut
[Reply]