Ayam Penyet ~Ojo Lali

Pernah dengar nama restoran ni kat mana mana? Aku nak tergelak biler first time ternampak restoran ni yang baru dibuka dekat dengan kawasan rumah. Masa tu derang buat promotion beli satu dapat satu semasa pembukaan restoran bulan November lalu. Ayam Penyet atau Smashing Chicken @ Flattened Chicken berasal dari Indonesia mempunyai franchises kat Jakarta, Batam, Surabaya, Medan, Bali dan amat popular kat Singapore sekarang. Hari tu aku try la bungkus nasik goreng biasa je yang berharga rm5 bawak balik rumah sebab tak sempat nak makan kat situ. Perghhh..rasa sedap nasik goreng tu mengingatkan aku ketika pernah ke Medan, Indonesia penghujung 90an. Baru baru ni aku repeat balik ke restoran Ayam Penyet dan makan kat situ, boleh tahan kick oo..

Ayam Penyet (guna ayam kampung) digoreng garing + serdak dengan ulam ulam dan sambal belacan yang buat terangkat tuh..

2 set ayam penyet + nasik putih + Soto Ayam dan nasik putih dengan minuman bandung+ susu. Satu set ayam penyet tu berharga rm7. nasik putih rm1.5 dan air bandung tu rm3.5

pisang bakar dengan coklat sebagai pencuci molot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...