Terlebih mandi kolam kot, tapi yang ‘scary’ nya…

Sorri, entry ni sepatutnya out 3-4 hari yang lalu, tetapi terpendam kat dalam draft sebab aku terlalu sibuk masa kat tempat kerja mengganti kawan yang bercuti Raya Korban. Pusat Latihan a.k.a resort kat Seri Pena bukan asing bagi staff staff kat company puan. Situ tempat percutian standard biler tiba coti sekulah atau coti hujung minggu sejak tahun 90an dan memang tiap tiap tahun kami ke sini berehat melepas lelah bekerja dan kesibukan kota. Tahun ni je 2 kali kami sekeluarga ke sana, pertama pada bulan Jun yang lalu dan sepertimana percutian sebelum sebelum ini, tiada apa apa yang pelik berlaku. Macam biasa sebulan sebelum, kami akan membuat booking dan menurut kata puan, kami tak dapat unit bilik kat ground floor sebab dah penuh kata kerani bahagian Properties. Sebenarnya kalau boleh kami nak mengelak ada sebuah bilik tu yang kami tak pasti yang mana satu di mana ada sorang staff yang pernah mati di dalamnya….
Hari Selasa 24 November, kami tiba kat Teluk Kemang Port Dickson lebih kurang jam 1:30 petang dalam keadaan cuaca panas terik sedangkan ketika di KL hujan tiada hentinya pagi petang siang dan malam beberapa hari sebelumnya. Selesai check-in, aku terperasan suasana yang agak sunyi dan lenggang sekitar resort dan tanpa berlengah terus je kami masuk ke dalam sebuah unit yang mempunyai 2 bilik. Aku mula memasang segala gadget laptop dan speaker untuk menghidupkan suasana dan anak anak terus saja menukar pakaian mandi sambil serentak berkata “..abah, nak mandi kolam..”. Seri Pena semacam hilang seri ketika aku mula membawa turun anak anak ke kolam dan agak janggal apabila tiada hiruk piruk orang dewasa dan kanak kanak seperti kebiasaan dan tiada kecoh bising di dalam resort yang mengandungi 20 unit itu. Baru kami sedar rupa rupanya tiada sesiapa pon staff yang menghuni kecuali kami sekeluarga berlima. Puan Anne mula sibuk melayari internet dengan laptop, aku pula menemani anak anak di kolam sambil turun naik ke unit menemani puan di bilik dan sesekali meninjau anak anak dari balkoni. Malam menjelma, puan seperti berat untuk keluar, selepas maghrib kami keluar juga untuk makan malam dan tiba semula ke resort pukul 8:50 malam. Suasana agak sunyi dan suram ketika itu kerana 19 unit yang lain kesemuanya gelap gelita tiada berpenghuni. Di kiri dan kanan resort merupakan tanah lapang yang semak samun dan dikelilingi pokok pokok besar yang berusia agak lama.
Malam tu kami tidur di dalam sebuah bilik dan aku perasan ketika memasuki bilik sebelah aku tiba tiba terasa seram begitu juga bile memasuki tandas dan ketika duduk berseorangan di ruang tamu. Malam itu aku masuk tidor awal tapi terjaga ketika pukul 3 pagi kerana kedengaran Danish menangis mendayu ketakutan katanya dan aku tidak dapat melelapkan mata kira kira 2 jam berikutnya. Hari kedua esoknya bemula dengan desakan anak anak ingin ke kolam mandi semula, pagi pagi lagi kami sekeluarga turun ke laut dan bergembira mandi manda kerana ombak yang agak kuat dan setelah sejam kami kembali semula ke kolam renang. Kami mandi pula di kolam dan pelik kerana agak lenggang di situ hanya kami berlima saja yang menguasai kolam dan terdetik di dalam hati elok jugak takde orang kerana masa tu lah kami dapat mandi manda sepuas puasnya di dalam kolam tanpa gangguan. Sepanjang hari kami asyik turun naik unit ke dalam kolam sebanyak 5 kali sehingga petang, aku perasan ada sorang makcik tukang sapu asyik berdiri tegak memerhati kami sekeluarga mandi manda tanpa sepatah kata keluar dari mulutnya apabila berjalan berselisih. Menakutkan apabila beberapa kali terserempak makcik tu kat tangga dan dia tiada sebarang reaksi tapi hanya senyum pahit yang terbit dari bibirnya. Adakah makcik cleaner itu menyimpan seribu misteri atau mentertawakan kami yang berseronok sendirian di dalam sebuah resort yang kebiasaannya sibuk dengan hiruk pikuk pengunjung? Aku juga pelik dengan tingkah laku pakcik penjaga resort yang agak pendiam dengan raut wajah menakutkan.
Malam menjelma lagi dan seperti biasa selepas maghrib kami keluar makan dan pulang semula sejam berikutnya. Seperti malam pertama, aku membacakan ayat ayat suci Al Quran ketika masuk ke dalam unit dan sudah mula sedar hanya kami di dalam resort besar itu walapon aku cuba sedaya upaya untuk menghindar apa apa perasaan yang tidak menyenangkan sambil bertawakkal kepada Allah. Alhamdulillah malam tu berlalu dengan aman dan hari ketiga keesokkannya awal pagi kami keluar breakfast dan kembali ke laut dan terjun semula ke kolam mandi manda sepuas puasnya sehingga tengahari dan akhirnya kami check-out pukul 12:30 tengahari. Hari tu hari khamis sehari sebelum Aidiladha dan dalam perjalanan pulang ke kampung puan Anne kat Rembau, baru puan cerita yang dia tidak dapat melelapkan mata sepanjang malam hari pertama dan terasa seram dengan suasana dalam unit, rasa terganggu dengan gelangat makcik tukang sapu dan persekitaran resort yang kosong takde orang. Baru aku sedar betapa seramnya memikirkan yang hanya kami satu keluarga saja menghuni resort yang persekitaran sekililingnya jika dilihat orang luar tak ubah seperti bangunan tinggal di dalam hutan. Walaupon aku tidak merasa begitu takut mengharungi 3 hari 2 malam yang sebenarnya agak menyeramkan, tapi aku agak puas kerana dapat mandi manda di kolam renang di mana selama ini aku tidak mendapat peluang secukupnya untuk bersantai di situ. Percutian di sini sebelum ini kadangkala agak membosankan juga kerana kolam sentiasa penuh dengan kanak kanak, orang dewasa dan setiap unit pula penuh dengan orang dan suasana agak bising apabila mereka membuat BBQ atau mula berkaraoke.
Sesampai di kampung lebih kurang jam 2:00 petang sambil berehat rehat petang tu Danish mula menunjukkan simptom demam dan terbaring sambil suhu badannya meningkat menjadi panas walhal katanya dia kesejukkan di dalam badan. Aku segera keluar mencari obat malam itu dan hanya koyok Cool Fever yang didapati dan terlupa pula nak beli Panadol untuk kanak kanak. Malam tu Danish mula merengek tidak boleh tidor dan badannya teramat panas sekali. Pagi raya tu aku keluar beli Panadol kanak kanak dan terus bagi dia makan dan Alhamdulillah suhu panas panas badanya berkurangan dan segera menujukkan tanda sembuh. Pagi raya tu juga dapat aku bersembahyang sunat Aidiladha di Masjid Kota dan bersembahyang Jumaat di situ waktu tengaharinya. So aku berfikir fikir semula yang percutian aku sekeluarga sekali ini agak pelik kerana mungkin minggu itu minggu raya AidilAdha walaupon mucim cuti sekolah, tetapi tiada orang yang bercuti di situ. Dan tak sangka pula aku ‘terkena’ senario macam ini walaupon secara keseluruhan aku agak enjoy juga dapat bersantai puas di dalam kolam dan mandi laut, cuma suasana malam yang agak scary ler kot dan selebihnya dapat memuaskan hati anak anak yang sentiasa dahagakan kolam renang. Apapon aku amat bersyukur kerana tiada perkara yang tidak diingini berlaku dan Seri Pena ni sebenarnya satu tempat kemestian buat kami bercuti kerana lokasi pantai yang dekat dari resort dan kami pasti kembali ke sini dan yakin situasi semacam tadi tidak mungkin akan berlaku lagi..
uish… misteri nusantara neh
[Reply]
Halym Reply:
December 2nd, 2009 at 5:12 pm
leh repot kat Zainal abidin rauf ler ek?
[Reply]
sahhh!!! bilik yang ko huni adalah bilik….jeng! jeng! jeng! Ko pun taukan..huhu..kalo akak jadi ko akak cabut le sebab walopon akak ni spesies vampire…tapi akak x sanggup dik nak berhadapan dengan hantu ghaib neh..isk..naya je ko neh bawak family bercuti kat resort seram tu…err resort balai bomba kat mana???
apa-apa hal pn anne nyata mempunyai tahap keberanian yang sangat tinggi..
err yang akak heran tu naper x dak owang langsung kat situ? ko tak pasan ke fenomena stranger terhadap makcik dan pakcik penjaga resort tu? dah kalo lagi 19 bilik kosong, naper bilik tu gak yang depa bagi ko? akak rasa depa saja nak test power dan ko anak banak jadi bahan kajian makmal ghaib depa kot..haishh…takut le cenggini…x jadi le akak nak p coti kat resort tu…
[Reply]
Halym Reply:
December 2nd, 2009 at 5:18 pm
ceh..memandai je akak neh kan?
takde mana bilik tu deh akak, takde pon jumpa hantu orang tuh muncul..ekekek
lama pe saya duk kat ruang tamu sengsorang masa tu puan dan anak anak dah masuk tido,
eleh nak cabot kunun..tu yg duk share rumah ngan nenet kebayan tuh takpe lak?
mana de seram, okay peh resort tuh..best ooo
alaa mokcik pokcik tuh khayalan je kot..hah???
tapi nape lak kan derang cakap dah penoh eh??
eleh puan anne pon takut gak..saya laa yg bani…
[Reply]
salam. kesian nye danish. rajin makan ubek- insyaallah copek sihat!!
[Reply]
Halym Reply:
December 2nd, 2009 at 5:19 pm
alaa domam cikit ye bang…kejap dah elok dah..hehe
[Reply]
yang den heran tu kenapo maso booking tu dulu dio kato bilik ground floor dah ponoh tapi bilo kau datang takdo orang…apo cito ni…?
[Reply]
Halym Reply:
December 2nd, 2009 at 5:20 pm
tu ler pasal eh Mat, tu yg polek eh den tuh,,iskk
[Reply]
ekk? ya ke gitu budakkampung??? sah-sah le encik halym dan keluarga ni dah jadi bahan ujikaji makcik dan pakcik misteri..huhu…ngeri ehhh…
[Reply]
Halym Reply:
December 2nd, 2009 at 5:21 pm
cisss..mende ujikaji plak akak neh..ngarut je kan..tapi kan makcik tuh kan…..
[Reply]
Tak pernah dengar pon resort Seri Pena ni…
ko biar betul Lym… kat batu berapa?
Tak salah aku dah kena roboh…. nak buat projek baru….
Dah sah ko tido umah org bunian…
[Reply]
Halym Reply:
December 2nd, 2009 at 5:23 pm
ceh, lagik sorang…..ermmm tapi kalau di pikirkan balik lebih kurang cemtu lah senarionya tau…cam aku termasuk dunia misteri yang lain..tapi aku sampai balik ke Koto dan dapek semayang gahyo tu cano?
[Reply]
Rjuna Reply:
December 2nd, 2009 at 8:32 pm
Aku heran gak…. hampir mustahil kalau resort kat PD leh kosong time cuti sekolah….
tak pon ko tak nampak org … tapi org lain nampak ko…….
eeee..meremang bulu tengok aku…..
[Reply]
halym Reply:
December 2nd, 2009 at 11:27 pm
jangan nak ngengade wat spekulasi misteri…
tapi boleh jadik jugak…
Siti Fatimah Azzahrah Haris Reply:
December 9th, 2009 at 8:11 pm
betul lah arjuna!siti pon rasa macam tuh
amanda Reply:
December 3rd, 2009 at 3:09 pm
btol2..xpnah dgr Seri Pena neh…
ntah2…resort neh hanya khayalan…
abg lym mkn ape kt sane???
[Reply]
Halym Reply:
December 3rd, 2009 at 7:38 pm
ada makan mee goreng..ntah ntah ulat tak..eiiiiiiiii
[Reply]
manda Reply:
December 4th, 2009 at 5:19 pm
no komen…
akakkaka
xbek taw ckp makanan cenggitu
salam. pnDak-kalau tak silap se- maso buking pndak mintyak orang lain yg uruskan-orang tu yang maklum kan bahawa tingkat yg dikehendaki dah ponoh?? spt komen pkteh!! apo la orang tu??
[Reply]
Halym Reply:
December 2nd, 2009 at 5:25 pm
errr..dia buat buking date tu dah lame,
tapi anne ade follow-up balik masa nak bayar tu pada hari senin,
kerani tu yg cakap bawah dah penuh…..
[Reply]
dalam ni jek abg lym sebut “manda” 5 kali…
ekekekkeke
[Reply]
Halym Reply:
December 3rd, 2009 at 7:39 pm
hek elleh..pasan btol lak dia..owang tngah misteri neh..mencikk
[Reply]
hmm…misteri neh
…masa booking kerani kata penuh, bila p sana kosong terang benderang.
.yang dok ada makcik and pakcik misteri…pulak tu depa cam monitor anak banak ko jer kan incik halym
…pas tu ko plak de only one family yang ada kat situ…akak rasa la kan…rasa-rasa akak la..memang ramai family lain dok nampak ko.
.ko jer tak nampak family derang…
a ahh laa…akak pun tak pernah dengaq nama sri pena tu…tang mana tu incik halym…akak cuma pernah nampak hotel strait tebrau jer kat batu 10 tu…ntah2nya ko menginap di hotel B..huhu…nasib baik le ko satu family okiesss…iskk…ngerinya bila akak fikir balik…iskk..tak femes langsung hotel tu..apa ke namanya eh…
[Reply]
Halym Reply:
December 3rd, 2009 at 9:58 pm
ceh….ulang balik kronologi percutian saya tu…scary laa kak..
tapi memang scary kak…ni pon baru je saya lepas tengok Seekers..
yang tak tahan tengok 4,5 batang pokok besar yang menaungi resort ni kak..
eh? Rjuna kata dia tak jumpa seri pena ni kat mana…adulaaa
[Reply]
takde gambar2 nyer ker bro.. patut amik gambar makcik tu.. pastu amik gambar ‘bilik seblah’ tu.. pastu amik gambar toilet.. amik gambar masa terasa ‘aura’.. tapi gambar2 tu mesti ambik time malam.. mana tau ada yg ter-enterfrem
[Reply]
Halym Reply:
December 4th, 2009 at 8:37 am
tak sempat snap semua aura seram tu bro,
nak amek gamba makcik tu dekat2 kang kena lempang plak
nak amik gamba pakcik tu kang kena flying kick pulak
hanya gambar2 keriangan di dalam kolam dan laut saja menjadi kenangan..
jap….nak tengok balik gambar kot kot ada ‘benda’ yang enterprem…
[Reply]
manda Reply:
December 4th, 2009 at 5:19 pm
no komen…
akakkaka
xbek taw ckp makanan cenggitu
——————————————
eleh..dah masuk lam pewot dah pon, nak cakap ape lagik..biar ulat tu banak..ekeke
[Reply]
aku rasa anak hang dah nampak `BENDASING’, tu pasal la dia demam.
[Reply]
Halym Reply:
December 5th, 2009 at 2:58 pm
hmmm..ntah ler kalau dia nampak pon masa dia tengah tido yg dia nangis tu ler kot,
sebab siang hari tak menang tangan dia terjun kolam..
[Reply]
ksiannya sayang kak iti sorg nih..
[Reply]
Halym Reply:
December 7th, 2009 at 6:28 pm
eleh sayang kunun..mencikkkkkkkk
[Reply]
Siti Fatimah Azzahrah Haris Reply:
December 9th, 2009 at 8:11 pm
betul lah arjuna!siti pon rasa macam tuh
—————————————————
eleh CT neh…cam ye ye jew
macam penah pegi sitew
[Reply]