Masa riang rasa hebat..tapi aku yang frust

PIC091215141229

Cam malas je aku nak publish semua gambar ketika bersantai di kolam dan bercanda di pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor tempoh hari. First day mood aku sudah hilang dek kerana tiada kamera yang baik kat tangan untuk aku merakam setiap detik gembira percutian. Dalam bercuti pon aku masih bekerja sebagai jurugambar, tapi aku tak kisah itu semua kerana minat yang mendalam dalam seni photo sementelah dari kecil aku telah dididik untuk menjadi seorang photographer hebat..hahaha. Tak percaya? lihat saja hasil imej imej berikutnya dan hanya produk kamera saja yang memisahkan antara kualiti gambar dan value keberkesanan imej hasil dari kacamata dan sentuhan aku…perghhh

PIC091215141740

Ini kali pertama aku bercuti dengan Mat Senu sefamily dan kami amat enjoy dengan percutian ini. Kebiasaannya aku mesti memilih resort yang dilengkapi kolam renang disamping pantai untuk bermandi manda. Aku tau yang budak budak amat sukakan kolam dan aku sendiri pon secara otometiknya akan mengedik gedik apabila ternampak kolam..hehe. Huh! si Ahmad Shahir dan Ahmed Danish sibuk bermain tembak tembak dengan pistol air yang mana pada mulanya aku kata derang macam budak budak padahal selepas tu aku pon pinjam pistol derang untuk join bermain tembak air..ekeke.

PIC091215141714

Huh! sampai berebut pulak pistol air, aperaa dak Nisa tuh tak padan yang pompuan..ekeke. Tapi sebenarnya Ahmad Sharir mempunyai pistol berkuasa tinggi sedangkan Ahmed Danish asyik tewas dalam ‘pertempuran’ yang menyebabkan si kakak cuba untuk membantu si adik membalas dendam..hehe. 3 imej di atas ni adalah hasil dari kamera kat PDA aku yang berkuasa 2.0 megapixels, tu yang nampak teruk resolution gambar kecuali kualiti angle yang agak baik , hahaha..puji diri sendiri.

IMG_3809

Ni antara beberapa imej terakhir yang aku ambil menggunakan Canon Ixus Digital Camera aku sebelum ianya pengsan tak sedar diri sehingga sekarang. Aku rasa dah mati dah kot, sebab body dia terkena sedikit air masin tang button ON-OFF ketika aku sibuk merakam setiap aktiviti di dalam air ketika itu. Huh! betapa syoknya suasana pantai tu kan, walapon sibuk bermandi manda aku juga sibuk memikirkan angle untuk merakam gambar, tapi derang ni langsung tak pikir itu semua ketika busy bermandi manda. Lepas dah balik derang senang je tanya mana gambar aku tengah mandi tadi?? mencikk..

IMG_3821

Antara detik hebat ketika di tepian pantai, kalau tiada inisiatif aku, sapa yang nak merakamkannya..? Alamak, tangan sapa yang sotong tuh?

PIC091215151524

Ini hari kedua di mana aku terpaksa menggunakan kamera PDA aku yang aku rasa cam nak baling je kat dalam laut. Panorama sudah indah, angle sudah cantik, tetapi lihat la hasilnya..macam nak pecah kepala aku tengok resolution gambar ini yang hancur! Mat, mana baju ko? tebarai ke? hahaha..

PIC091216122513

Perjalanan balik ketika berada di atas feri, bukankah bagi seorang photographer tulen dia akan teruja mendapat suatu permandangan indah di atas sebuah feri yang sedang bergerak melintasi lautan terbuka? tetapi hakikat sebenarnya aku sedang menggunakan sebuah kamera bangang di dalam situasi dan panorama yang menakjubkan..frust betul aku!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...