Mak berani..

PIC091207131204

Masa gambar ni diambil, mak baru je beberapa minit keluar dari bilik OT (Operation Theatre). Ngeri bila memikirkan bab bedah mata ni, yang aku tak sanggup tu bukan apa, kena cucuk jarum dekat dengan mata, dah laa aku ni penakut dengan jarum. Lepas tu pulak kena kerat/potong selaput yang dok kat dalam mata tu, ya ampunnn takutnya aku. Tapi teknologi sekarang sudah semakin canggih, proses pembedahan menggunakan laser dengan satu jahitan saja dan dilekatkan kanta baru kat anak mata tu. Abah pernah buat pembedahan sama kat Hospital Mata Hussein Onn ni 15 tahun dulu, tanpa teknologi laser tetapi kena 7 jahitan. Salute laa kat emak walaupon tidak berapa sihat kebelakangan ini, tetapi masih sanggup untuk melalui pembedahan mata ini dan aku sekali lagi melihat bukti bahawa kaum perempuan sememangnya mempunyai kekuatan dalaman yang lebih berbanding lelaki…ye ke tak? hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...