Kerana sebidang tanah..

IMG_3556

Tak sangka semalam aku bertemu dengan seorang anak buah yang berusia  54 tahun!  Just imagine ya aku ni berpangkat pak saudara kepada seseorang yang lebih tua dariku hampir 30 tahun, pelik tapi benar tetapi itulah realitinya. Encik Aman bin Arshad seorang anggota polis yang berpangkalan di Rembau merupakan cucu kepada kakak abah dan secara otometiknya jatuh cucu kepada abah. Maknanya dari segi pangkat keturunan, dia memanggil abah ATUK dan sudah semestinya aku ni berpangkat bapa saudara kepada dia walaupon sebenarnya dia anggota polis berpangkat pegawai…hahaha.

Sejak selasa Encik Aman menghubungi abah ingin bertemu, dan kebetulan hari tu abah berada di rumah Mat Senu. Hari Rabu abah ke rumah aku pula dan petang semalam Encik Aman tiba dari Rembau dan aku pergi menjemput Encik Aman dekat tol Kota Damansara. Pertemuan pertama itu membuatkan aku janggal untuk memanggil namanya manakala pertemuan dia dengan abah pula menerbitkan rasa sentimental kerana mereka berdua tidak bertemu sejak 22 tahun yang lalu kata abah. Kedatangan Encik Aman mencari abah kerana ingin menyelesaikan satu bab perihal tanah di sebuah kampung di Rembau. Abah mempunyai seorang kakak satu bapa berlainan ibu di kampung, kakak abah ini mempunyai anak tunggal perempuan di mana Encik Aman adalah anak sulungnya selain 7 beradik yang lain. Kakak abah juga mempunyai seorang lagi kakak berlainan bapa. Kakak abah telah meninggal dunia 6 tahun yang lalu begitu juga anak perempuan kepada kakak abah tadi. Masalah yang timbul sekarang ialah anak kepada kakak, kakak abah yang berlainan bapa tadi menuntut sebidang tanah tersebut. Sedangkan pada geran tanah tersebut hanya tercatat nama kakak abah yang berbinkan sama dengan abah dan anak kakak, kakak abah yang berlainan bapa tadi. Masalah timbul lagi apabila kakak abah tidak pula menamakan anak perempuan tunggal dia sebagai waris di dalam geran tersebut. Apabila diajukan hal ini kepada Pejabat Tanah, maka Pejabat Tanah mengisytiharkan pula yang tanah tersebut disebut sebagai Tanah Pusaka Faraid dan bukannya Tanah Pusaka Adat. Bermakna jika Tanah Pusaka Adat, ia boleh diperturunkan kepada waris yang berhak, manakala Tanah Pusaka Faraid tidak boleh turun kepada waris kerana anak perempuan tunggal kakak abah tadi sudah meninggal dunia dan ianya juga tidak boleh turun ke anak cucunya juga, makanya hak pemilikan tanah itu berbalik semula ke ‘atas’ bermaksud waris yang menuntut mesti mencari adik, kakak atau abang penama (kakak abah). Jadi orang yang berhak untuk menuntut hak pemilikkan tanah itu hanya abah dan jika sekiranya abah tidak berbuat demikian, maka tanah tersebut akan diserahkan kepada Baitulmal. Encik Aman hanya membantu orang yang menuntut tadi untuk  mendapat persetujuan abah mengenai perkara ini dan setelah sejam perbincangan dengan Encik Aman, abah akhirnya bersetuju untuk menuntut dan abah akan ke Pejabat Tanah Rembau dalam masa terdekat untuk memberi keterangan dan selepas itu Pejabat Tanah akan memanggil semula abah berseorangan dalam tempoh 3 bulan untuk seisi soal bicara. Abah bagitau kat aku yang abah harus menunaikan amanah ini demi ingin melihat kesemua orang yang terbabit mendapat hak masing masing dan berasa gembira dengan apa yang abah lakukan dan sanggup menyelesaikan semuanya kerana Allah kata abah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...