Hepi besday Nisa’..

IMG_3055

Aku punya perangai suka mengingati besday orang sedangkan besday aku tak siapa pon yang nak ingat..hehe. Takpelah, aku bukan artis pon kan orang kena ingat besday aku, namun di jaman serba moden ini, selain sistem pesanan rengkas, blog juga menjadi salah satu platform untuk kita menzahirkan ucapan itu tak kira si polan membacanya atau tidak. Justeru aku ingin mendedikasikan ucapan ini kepada Nisa’ si anak sulung yang genap 9 tahun pada hari ini dan setelah genap seminggu ulangtahun kelahiran aku. Pejam celik pejam celik dah nak habis dah Nisa’ dalam Tahun 3 persekolahan dan menanti Tahun 4 pulak tahun hadapan. Seminggu yang lalu kat sekolah agama, Nisa’ berjanji dengan kengkawan satu kelas seramai 26 orangĀ  untuk belanja derang makan kek dan pack jajan setiap sorang sempena harijadi dia. Sedap je molot dia berjanji kan..? untuk tidak menghampakan tepaksa la puan belikan kek dan dibuatkan jajan untuk diraikan bersama kawan kawannya di sana. Nasib baik pakai duit raya dia, kalu tidak kopak jugak dibuatnya..