2012

untitled

Sepatutnya hari Rabu ritu aku dah pergi tengok pilem ni, tapi sebab Abah dan Mak ada, aku lepak je kat rumah layan mereka berdua sambil perasaan dalaman meluap tergedik gedik tak dapat nak keluar. Pagi tadi aku sesaja ajak puan Anne pergi tengok, tak sangka pulak dia nak pergi menemani aku dan serta merta idea datang untuk mencilok anak anak kat rumah Mat Senu. Aku esemes kat orang rumah Mat bagitau nak tumpang budak budak untuk 2 jam, taktau la Mat Senu perasan ke tak sebenarnya aku dan puan Anne pergi berpoya poya ke panggung wayang…ekeke. Perasaan ingin tau menyebabkan aku teruja nak tengok pilem ni walaupun aku maklum pilem ni menimbulkan perdebatan hangat orang ramai disebabkan jalan cerita yang dibawa iaitu kiamat berlaku pada 21 haribulan 12 tahun 2012 mengikut kelandar kaum Mayan. Sukar untuk dipercayai teori itu tetapi at least mungkin la sejenak kita terpikir tentang hari kiamat seperti yang tertulis di dalam Al Quran dan kita sebagai seorang Islam wajib beriman kepadanya. Berbalik kepada pilem ni tadi, dari mula aku memang terpegun dengan kesan kesan khas CGI (Computer-Generated Imagery) dan aksi cemas hingga akhir juga begitu mendebarkan. Cuma tang ending tu macam cerita banjir besar zaman Nabi Noh pulak, ingatkan hancur lebur semuanya terpadam….aperaaa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...