Wajah kampungKu kini tiada lagi..
Ini tapak rumah tanah tumpahnya darah aku, 4 abang dan seorang adik puluhan tahun lalu. Pada asalnya bahagian depan rumah (beranda) tidak mempunyai tingkap dan ianya digantikan dengan tingkap nako dan papan baru 10 tahun yang lalu. Tangga kayu klasik nostalgia yang menyimpan seribu kenangan ketika di zaman kanak kanak juga sudah tiada dan digantikan dengan tangga batu. Bentuk rumah ini sudah hilang ‘minangkabau’nya, tetapi ciri ciri tu tetap ada dan yang paling unik adalah kayu seperti keris tajam yang menujah langit terdapat di bumbung tu. Rumah pusaka ini adalah ‘bahagian’ mak aku, tetapi oleh kerana mak aku tidak tinggal di sini kerana mengikut abah yang mencari rezeki di KL sejak tahun 60an, rumah ini didiami uwan (ibu emak), dan kami hanya balik ketika hari raya atau sekali sekala. Abah yang telah pencen 11 tahun yang lalu membeli sebidang tanah di Batu Arang, Selangor dan tinggal di situ sejak 15 tahun yg lalu, jadi rumah pusaka ini telah mak turunkan kepada anak saudara emak iaitu anak kepada adik mak. Adat perpatih memberi hak lebih kepada kaum wanita dan kebetulan aku adik beradik kesemuanya lelaki, jadi seorang pon dari kami tidak dapat mewarisi harta peninggalan emak yang ini. Namun di belakang rumah ini terdapat tanah kebun dan sawah yang diwarisi 3 abang aku yang menduduki ranking teratas. Tapi bukan itu yang menjadi persoalannya sekarang, cuma kini aku agak terkilan kerana tidak akan ada lagi permandangan seperti gambar ini apabila aku balik ke kampung selepas ini kerana telah lenyap sama sekali rumah kayu pusaka ini. Gerak hati aku beberapa bulan yang lalu untuk mengambil gambar sekitar rumah ini telah berjaya menyelamat dan menyimpan nostalgia rumah yang berusia lebih kurang 80 tahun. Aku tidak akan mempertikai kenapa rumah lama dirobohkan keseluruhannya kerana maklum masalah anai anai yang semakin meruncing dan mungkin pemegang milik tidak mahu ianya rebah menyembah bumi dengan tiba tiba dan ini akan meyusahkan uwan yang tinggal berseorangan dan juga demi untuk keselesaan kami jika pulang berhari raya atau balik sekali sekala nanti..
Inilah dia wajah baru yang sedang dalam pembikinan. Gambar dirakam ketika 1 Syawal baru baru ni, kelihatan pelik tetapi benar..
Bahagian belakang dan dapur rumah baru..
Closed-up depan rumah. Yang sedang cekak pinggang tu ler makcik aku yang juga adik kepada emak. Anak kedua Acik si NurSunita Bibi yang mempunyai hak dan pemegang amanah ke atas rumah ini sekarang.
Gambar dirakam pada 1 Mac 2009. Bahagian tengah rumah hingga ke dapur adalah rumah asal. Bilik air tu pada asalnya tidak attached di bahagian dapur. Ia juga diubahsuai pada tahun 1999.
Perbezaan papan di bahagian tengah rumah dan depan rumah yang diubahsuai 10 tahun lalu. Jelas kelihatan keris yang menongkat langit, aku sampai sekarang tak faham apa fungsinya..
Abah banyak mengeluarkan modal untuk memperbaiki rumah ini sejak berpuluh tahun dulu.
Laman depan rumah yang menyimpan seribu nostalgia..
Suasana indah dan permai sudah tiada..
salam…
alamak betul ker niii..rasa sebak pulak…
sbb along duk sini sama uwan dr 1981-1982..
bila projek penambahbaikan akan bermula..?
dan sapa punya modal…ade kah ianya sumbangan dr keluarge kita bersama..
klu ade along pun nak sumbang sikit sekadar yg mampu..
[Reply]
Halym Reply:
October 12th, 2009 at 12:37 pm
yes, tentu nostalgic kan masa ko duk ngan uwan selama setahun tuu, paling nostalgic kita penah sama sama ngaji dengan uwan, ketuk beduk kat semojid, azan kat semojid..azan kat bawah pokok tepi bonda, main perang perang mercun masa malam raya, naik beskal keliling kampung, berlari di tengah sawah, mandi manda kat sungai..perghhhhhhhhhhhhhhh giler lah beb!
[Reply]
Aku terpana nengok umah ni…. umah nenek aku kat Durian tunggal, Penajih..
hampir serupa cam ni… tapi telah menyembah bumi … keuzuran…
Pada pendapat aku la….
Kalau di baik buleh dengan bentuk asal alangkah indah…
[Reply]
Halym Reply:
October 12th, 2009 at 12:39 pm
pendapat aku, kat kampung tiada kepakaran untuk mengekalkan rupa paras asli yang nostalgic itu..so tiada pilihan lain selain dari meroboh kesemua struktur asalnya..sedih ooo tengok
[Reply]
setahun apa?…2 tahun along skolah sana..
tahun 1983 baru along skolah kl…ckp la $ sapa semua ni..
along pun nak memberi sumbangan jagk..
yg paling penting nakkan pahala tuu…
tapi apa pun terlalu byk kenangan kat kampung nii..
[Reply]
Halym Reply:
October 12th, 2009 at 5:52 pm
masa along duk kampung tu den baru lopeh besunat..hahaha
long, Ita yang punya projek ni, so dia yang kuar belanja,
kita tak payah ler nak sumbang pape kot..kita menumpang je la sok sok..hehe
[Reply]
Alhamdulillah..
Ita yg punya belanjer ker…mudah2an Allah SWT akan murahkan
rezki dia dan keluarganya..
tapi along rasa terpanggil jgak nak menderma skit..
walau pun x seberapa yg penting keikhlasan..
xpa la nanti along cube tanya no acc dia kat hamzal samseng bdr baru serting…
[Reply]
Halym Reply:
October 13th, 2009 at 8:34 am
Ita yang pegang amanah rumah tu sekarang,
so itu projek dia dari sumber kewangan dia,
elok jugalah untuk keselesaan kita semua kemudian hari,
apa apa sumbangan, along contact lah dia..
[Reply]
80 tahun? biar betol fakta ni. Lagi, kalau banyak anai-anai, takkan robohkan rumah kot? cam marahkan nyamuk, bakar kelambu?
[Reply]
Halym Reply:
October 13th, 2009 at 3:35 pm
lebih kurang ler tu kalo ikut umo uwan Jompol..hehe
aik?? cam kontroversi je bunyik nye itu?
ada cite ke sebalik semua ni? ambo dok tauuu..
[Reply]
For your info, asal tapak rumah tu (lot tanah tu) dihibahkan oleh Wan Ayek (wan sedara mak – onyang la tu kalau tak silap) pemberian untuk mak yang menjaga dia masa tua. Tanah ni terbahagi kepada tapak rumah dan tanah sawah. Sekitar 45 tahun dulu abah mengupah tukang untuk mendirikan rumah dan sesuai masa tu, rekabentuk ‘limas’ – identiti minang direka. Design minangkabau rumah suli tu.
“Adat perpatih memberi hak lebih kepada kaum wanita dan kebetulan aku adik beradik kesemuanya lelaki, jadi seorang pon dari kami tidak dapat mewarisi harta peninggalan emak yang ini. Namun di belakang rumah ini terdapat tanah kebun dan sawah yang diwarisi 3 abang aku yang menduduki ranking teratas.”
Macammana pulak ni?
[Reply]
Halym Reply:
October 14th, 2009 at 12:23 pm
owh tapak rumah lebih dari 50 tahun dan rumah itself berusia 44 tahun,
bukan ranking no 3 dapat tanah sawah tu ke?
[Reply]
along Reply:
October 14th, 2009 at 12:48 pm
Salam
ni nmpk mcm ade sedikit kekeliruan..?
bukan keliru Nurul & Ajai tuuu…
[Reply]
Halym Reply:
October 14th, 2009 at 1:10 pm
mungkin tersilap fakta sikit, tak perlu pening kepala..hehe
Eden bau bau bacang pon takdo… ngan crito ni
so no komen …
[Reply]
Halym Reply:
October 14th, 2009 at 10:08 pm
bau stukin ler tu kalo takde bau bacang ponn..hahaha
[Reply]
keris tu wat cocok hantu2 katenye dl kan….
[Reply]
halym Reply:
October 15th, 2009 at 2:02 pm
banyak ko punya hantu nak kena cocok ye mandot..ekeke
[Reply]
manda Reply:
October 21st, 2009 at 4:27 pm
ye arr bang lym..
org dl2 kate nk cocok hantu…
aku ikot jek org ckp…
ekekkekekeke
abg lym konyet
[Reply]
Halym Reply:
October 21st, 2009 at 4:54 pm
ye la kot..hehe, aku orang bandar..ekeke
ktorg penah ambik gambar sekeluarga besar d hadapan rumah pusaka tu, sewaktu jalan beraya, rasanya lebih 15thn yg lepas kot…;-)
[Reply]
memang nostalgia la…klau la x de anai2 tu kan best….cantik umoh….klasik…..
[Reply]