Nasik Lemak Antara……

PIC091011093255

Ni bukan kat Kampung Baru walaupon namanya dah established Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru since 1973. Aku tak ingat la aku ada ke makan nasik lemak yang kunun famous kat Kampung Baru tu walaupon aku duduk kat Sentul selama 30 tahun. Sebabnya nasik lemak yang dok ada kat Flat Seri Kelantan, SentulĀ  rasanya lagi sedap berbanding kat tempat lain. Bukan kat situ je, kat Taman Dato’ Senu pon banyak tempat yang jual nasik lemak best. Berbalik kepada nasik lemak ‘International’ ni tadi, aku pergi laa mencuba kat cawangan TTDI Jaya, Shah Alam yang baru dibuka beberapa bulan yang lalu. Tempat ni terletak berdekatan dengan tempat kerja, ianya dibuka dari pagi sampai ke malam, dan hari tu aku pergi dengan rakan sekerja pada waktu pagi. Masa sampai tu kedai agak lengangĀ  dan tidak ramai pelanggan dan aku agak teruja untuk melihat lauk pauk yang disediakan. Malangnya aku tidak dibenarkan untuk pergi melihat hidangan yang disediakan di bahagian tengah premis, aku mula rasa kecewa dan berfikir kenapa..

PIC091011093944

Sembunyi rasa kecewa, aku order nasi lemak dengan sambal kerang dan segelas air Milo. Selesai mencuba, aku masih tak jumpa kat mana yang specialnya nasik lemak ni kalaupon ianya mahsyur sejak tahun 1973. Bagi aku rasanya biasa biasa je dan aku boleh cakap yang nasik lemak makcik gemuk kat Flat Seri Kelantan, Sentul 10 kali lebih sedap berbanding yang ini. Nasi lemak yang simple tadi tu berharga rm6.90 dengan nasik seciput dan aku teragak agak nak tambah nasik sebab lauk masih belum habis. Duit bukan masalah, tapi aku akan mintak tambah jika ianya betul betul sedap dan aku pelik kenapa pelanggan tak boleh melihat lauk pauk, so sebagai pelanggan aku tidak berpuas hati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...