Argentina akhirnya layak..pheww

argentina500_412x232

Selepas beberapa siri kekalahan dalam kelayakan sejurus diambil alih Maradona, kapten juara Piala Dunia 1986, pasukan Argentina akhirnya melangkah ke Piala Dunia di Afrika Selatan tahun 2010 dengan gaya dramatik. Aku mengambil keputusan tidak mahu menengok game penentu terakhir peringkat kumpulan melawan Uruguay pagi tadi kerana tidak mampu menahan suspense. Andai kata Argentina tewas, mereka akan terkeluar terus dan tidak dapat bermain di Piala Dunia buat pertama kali sejak 1970. Kemenangan 1-0 di tempat lawan mengesahkan terus tempat pasukan juara 2 kali itu ke Afrika Selatan tanpa perlu bermain play-off dengan sebuah pasukan dari zon Concacaf. Sabtu lalu, Argentina bernasib baik dapat mengalahkan Peru 2-1 di tempat sendiri juga dengan gol waktu kecederaan dan kalau tidak sudah pastilah hari ini aku akan menanggung azab dikutuk kawan kawan sekerja. Nampaknya calon pemain terbaik dunia iaitu Lionel Messi pasti akan dapat memperaga aksi tahun depan di pentas sukan bolasepak paling berprestij planet ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...