Selamat berangkat Abu & Angah..

photo3

Tahniah dan selamat berjaya pak’ndak ucapkan buat 2 orang anak buah iaitu adik beradik Abu (Bakar) dan Angah (Munirah) yang akan terbang ke Mesir malam ini untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan perubatan di University of  Zagazig, 80 kilometer Utara Kaherah. Maaf Abu dan Angah, pak’ndak tak dapat hadir ke KLIA menghantar, kerana tak dapat cuti dan kondisi kesihatan yang  belum memuaskan. Apa yang boleh hanya kiriman doa buat kalian berdua semoga dapat menyesuaikan diri di tempat orang dan belajar dengan bersungguh sungguh demi mencapai impian diri dan harapan ibu dan abah. Tempoh 6 tahun itu amat panjang, justeru Aidilfitri kali ini pak’ndak harap kalian kuat dan tabah menghadap dugaan awal kerana terpaksa mengorbankan hari raya bersama keluarga. Pesan pak’ndak buat kalian jika rindu tu jenguk ler blog pak’ndak ni buat pengubat duka. Buat Abu, kenangan ketika menonton games MU dengan Malaysia kat stadium tempoh hari masih lagi segar dan buat Angah jangan nak cembeng selalu..Adios!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...