Ngkorang dah check tayar?

PIC090916092458

Tayar 4 bijik kete korang tu botak licin ke hape, ke koyak rabak nampak benang  dah? Raya nak dekat dah ni, tak kiralah perjalanan tu jauh ke dekat, nanti jangan breakdown pulak waktu kete banyak beduyun duyun tengah jalanraya. Jem satu hal, kang kete korang rosak, lagi laa menambahkan lagi jem tu. Buat kaki lenjan, speeding & korner baring (lelaki) mesti tau bab penjagaan tayar ni penting kan. Sebut pasal speeding, aku tergolong gak dalam kategori tuh sebab bagi aku lagi laju kita bawak kete lagi laa tahap skill dan konsentrasi pemanduan kita mencapai ke tahap perfect…ekeke. Aku ni memang pantang datuk nenek kalau orang bawak kete macam siput, terhegeh hegeh menyusahkan orang tengah jalan, nak nak lagi owang pompuan..hahahaha. So aku nak kaitkan tahap pemanduan perfect tadi dengan kestabilan tayar 4 bijik tuh, sila lihat gambarajah dalam komputer kedai tayar kat atas ni (ceh macam subjek sains pulak), nampak tak tu sebelah kiri tu part camber dan kanan pulak ialah alignment. Semalam aku pi hantar kete kat kedai tayar, nampaknya camber sebelah kiri tayar depan dan belakang kedua duanya lari (kaler merah) maknanya kedudukan tayar tu tidak berdiri tegak, dia senget ke kanan. Ini akan menyebabkan tayar tadi ‘makan’ sebelah bila berpusing. Dan gambarajah sebelah kanan pula menunjukkan alignment keempat empat tayar kete aku lari,  so selepas di’adjust keseluruhannya, kesemua imej tayar bertukar menjadi kaler hijau bermaksud ianya kembali ke kedudukan sepatutnya. Charge pon tak berapa mahal, adjust camber sebijik tayar baru 15 hengget, siap semua sekali tak sampai pon seratus hengget. Kesimpulannya kan, tak kesah la kalo korang nak pecut ke besit 180kmj atas highway tapi yang penting kondisi tayar mesti 100% perfect tau. OK semoga selamat perjalanan korang semua pergi dan balik ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...