Aku Budak Minang~TV Series

Malam tadi sudah bermula episod 1 drama Aku Budak Minang kat TV2, itu pon aku bernasib baik terbukak TV2 dek kerana channel Astro semua ceritanya hampeh termasok la pakej Mustika, bonci botul den..Rasanya ado agak eh patblas taon den tak pernah bukak TV RTM samada TV1 ataupon TV2..hahaha. Oppss!  berbalik kepada drama tu tadi memang dah lamo aku nantikan, ianya di adaptasi dari komik hebat ‘Aku Budak Minang’ karya kartunis Ujang pada era 80an. Baru episod pertama, belum lagi dapat nak ulas macamana keseluruhan drama ni, cuma satu je lah, memang aku tak nafikan kebolehan Along (Raja Lawak 2) sebagai pelakon berbakat, tapi dia failed laa bab sebutan kenogorian. Dengar cite Ujang sendiri yang pilih Along untuk melakonkan watak Ujang ni, janggal rasanya sebab Along orang Johor sedangkan dia dikelilingi semua pelakon kelahiran N9 termasuk Zila (AF4) yang memegang watak Anor. Satu lagi fakta tentang lenggok percakapan orang Kuala Pilah (Juasseh) berbeza sedikit dengan daerah lain di Negeri Sembilan. Drama 26 episod yang ke udara setiap Selasa ni mengimbau semula kisah Ujang di kampung semasa zaman kanak kanak bersama ibubapa, adiknya Aca dan kisah dia dan Atuk yang begitu femes dalam komik Gila Gila suatu masa dulu sehingga Ujang menjadi kartunis terkenal seantero Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...