Puasa aku ‘burn’ pada hari ke 2..

sakit_kepala

Sejak selepas buka pada hari pertama semalam, aku diserang sakit kepala dan ianya menangkap begitu kuat kat bahagian tengkok. Aku tak ambil pusing dan sangkaan aku dengan membawak tidor ianya akan selesai seperti biasa. Pagi ini selepas makan sahur, sakit tu datang balik masa nak tidur selepas solat subuh, puan Anne cuba memicit micit dengan minyak dan aku pon terlelap dalam sengal. Bangun sekitar pukul 11:30 pagi, tak rasa pape, aku pon pergi mandi dan kami sekeluarga pergi membeli barang dapor kat Giant Kota Damansara. Sesampai kat Giant tiba tiba aku rasa tengkuk aku berdenyut denyut dan kepala aku memang rasa sakit sangat. Aku tinggalkan puan Anne dan anak anak kat Giant dan terus berdesup ke klinik panel kat seksyen 6. Doktor bertugas terkejut melihat bacaan BP (Blood Pressure) aku mencecah kepada 160/100, dengan serta merta doktor mintak ubat kat nurse dan suruh aku makan masa tu jugak. Aku yang buat buat terkejut terus cakap aku taknak batalkan puasa aku, terus doktor sound kata jangan sampai jadi macam kes strok Yasmin Ahmad! Makanya terciptalah sejarah sepanjang hidup, aku dipaksa membatalkan puasa pada hari kedua!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...