Letih aku melayan..

Huh..kemain geli hati hang ye Danish ngadap cite Tom N’ Jerry tu? kalau nak dihitung, hari ni dekat 2 minggu la dah Danish tak pergi ke sekolah tadika, perghhh ngalahkan coti semester. Minggu lepas kan dia demam kejap, lepas bawa jumpa doktor dan makan obat, kejap baik dah tapi masalahnya dia takmo gi sekolah lepas tu, nak duduk rumah je katanya nak jadik suri rumah macam aku..ekeke. Tup tup Isnin minggu ni dia demam balik, panas giler badan dia plus dengan selsema kuat, lepas tu kakak dia si Nisa pon demam jugak, lekas lekas bawak pi jumpa dokter semula Danish tu dan kakaknya. Huh, kopak lagi sekalik poket dekat 90 hengget  untuk 2 orang, ayooo…apa nak buat, pepaham laa sekarang ni kan, tak boleh take for granted kes demam mengejut. Tapi apapon lega sikit aku sebab takde pape pandemik berbahaya yang melekat..

Tu ler ni aku nak menulis dan meluahkan perasaan sket kat sini, minggu lepas kan Kak Anne dah ambik coti sehari Isnin tu, minggu ni kena amek lagi cuti. Tak sampai hati plak nak kacau dia lagi, kang tak pergi kerja, macam macam pitenah yang  singgah, depa ingat kita ni sengaja laa cuti honeymoon kat umah. Bagi mereka yang belum berkeluarga memang payah nak paham situasi darurat cenggini, bila anak sakit, hati kita akan otometik jadi tak senang, pulak tu sakit demam yang berbalik balik. Yang aku keja shift malam ni terpaksa berkorban masa tidur nak menjaga Danish dan Nisa’ kat umah, makanya tidur tidur ayam ler aku kat atas katil. Nasib ler ader broadband ni, takde lah bosan sangat, sambil sambil online tu, pejam jugak mata aku kat atas kosi. Minggu lepas aku dah coti 4 hari, minggu ni terpaksa laa aku besengkang mata di siang hari dan malamnya pula macam pungguk rindukan bulan sebab tidur tak basah, mandi tak lena kat tempat kerja…ekeke.

Danish ni pandai ambik kesempatan rupanya, kalau boleh dia nak berenti terus pergi sekolah. Memang liat betul, aku rasa masa aku kecik dulu tak cemtu kot? (iye ke?) tapi si bongsu ni kalau duk kat rumah sampai lebam bijik mata dia boleh ngadap TV, terus transformed jadik sihat walafiat. Channel Cartoon Network dan Astro Ceria tu memang dalam tangan dia je remote tuh. Dia tau rancangan ape ke udara, siap hapal dah scenes dan dialog Tom N’ Jerry, Ben 10, Geng Bas Sekolah dan Kapten Boleh dan segala mak nenek rancangan sebab citer tu di ulang ulang. Lepas habis setiap satu dari rancangan tu dia pergi bukak peti ais minum air Twister pastu ambik biskut Oreo makan. Begitulah seterusnya dari pagi sampai petang, kerja aku hanya memerhati gelagat dia setiap jam sambil mata aku pejam celik. Biarkan TV tu panas pastu meletop..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...