Kejamnya kamu Danish..

IMG_3022

Genap 5 Ramadhan hari ini dan sudah 5 hari gak laa aku tak pergi kerja, rindu pulak rasanya nak pergi kerja..ekeke. Jangan dengki ye, aku dinasihatkan doktor untuk berehat seketika di rumah dan takdir menentukan aku baru berpuasa selama 3 hari Ramadhan ini. Sedih juga hati kecil ni kala Ramadhan biasanya begitu bermakna buat diriku untuk bersama sama berpuasa dan berbuka. Hari ini juga cukup 5 hari si Nisa’ dan Nadhira berpuasa, syabbas bette di atas kekuatan mental dan fizikal kamu berdua. Namun begitu pada hari pertama, kedua dan ketiga, kamu mula kerap menggoda, merayu ibu kamu untuk mengkantoikan puasa masing masing bukan?. Tetapi berkat ketegasan puan Anne yang menyerahkan kuasa veto pembatalan puasa kepada aku dan dengan serta merta aku mengatakan NO okay!!. Nisa’ dan Nadhira sedang melalui dugaan berat  ketika ini apabila adik kandung mereka si Danish dengan sengaja dan nakal mempermain  main akan perasaan kakak mereka. Ini ler hikmah aku ditimpa sakit supaya aku berada di rumah dan dapat  pula ‘menjaga’ puasa kedua mereka, disamping mendidik  juga si Danish supaya mengerti mengapa kakaknya tidak boleh makan dan minum di siang hari. Justeru setakat 5 hari ni aku berasa puas dan bangga apabila mereka berjaya menghabiskan sehari penuh puasa mereka. Bukannya aku tak kasihankan Nadhira yang masih terlalu awal, tetapi seminggu yang pertama ini amat penting supaya mereka dapat belajar menahan diri dan faham what is puasa are all about..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...