Yasmin Ahmad meninggal dunia..

f_pg16yasmin

 1 July 1958 – 25 July 2009

Sah sudah perginya pengarah filem terkenal ni malam tadi pada pukul 11:25 malam, takziah buat semua ahli keluarga arwah. Raya tahun ni janganlah kita ternanti nanti akan iklan hebat Petronas hasil garapan arwah. Kita kehilangan pula seorang penggiat seni kreatif dan unik. Aku tonton kesemua filem arwah kecuali yang belum iaitu Muallaf, filem terbarunya adalah Talentime. Di sebalik iklan hebat Petronas yang dihasilkan Yasmin setiap tahun, kontroversi juga tak kurang hebat menyelubungi filem arahannya.  Sepet dan Gubra teruk dikritik orang ramai tetapi aku pula terpesona melihat kreativitinya dari sudut fotografi dan krirtikan sosial. Yasmin adalah seorang khunsa, dia memilih untuk menjadi wanita dan di dalam undang undang Islam, mereka harus memilih salah satu mengikut naluri mana yang lebih. Yasmin juga pernah menunaikan haji di Baitullah. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat Yasmin dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...