Qari Muda Malaysia..

IMG_2950

Kenalkah anda kepada adik Muhammad Ahmad Zahid? pernah ternampak tetapi tak ingat kat mana kan? setahun dua yang lalu, adik Muhammad ni hampir setiap hari muncul di kaca TV (ntv7) melaungkan azan Zuhur dan Asar. Sekarang ini adik Muhammad muncul pula ketika azan di TV9.  Dulu ada aku merakam kemerduan suara azan adik Muhammad melalui handphone dan menyimpannya. Senja selepas azan maghrib semalam aku buka Astro Oasis, terpegun sejenak aku di depan TV menyaksi adik Muhammad membacakan surah Yasin dengan begitu  lunak suaranya berlagu, lengkap dengan ketepatan tajwid. Aku yang asyik menonton dari awal tiba tiba meremang bulu roma dan merasa terharu apabila tiba di beberapa baris ayat terakhir adik Muhammad membacanya dengan suara yang mendayu dayu merayu kerana mungkin dia mendalami dan menghayati setiap maksud bait ayat tersebut. Berusia 13 tahun, adik Muhammad  mula menghafal Al Quran ketika berusia 7 tahun dan mengambil masa selama 3 tahun untuk menjadi seorang Tahfiz. Tahun lepas terpampang berita di dada akhbar yang adik Muhammad menjuarai kategori bacaan terbaik pada majlis Anugerah Al Quran Antarabangsa Dubai (DIHQA) sekaligus mengharumkan nama negara. Tahniah dik..

IMG_2951

IMG_2952

IMG_2953

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Erti_Hidup&pg=er_01.htm

*copy link location link di atas kat browser untuk membaca cerita lengkap adik Muhammad.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...