Old Trafford @Bukit Jalil..

IMG_2910

Apa lagi yang boleh aku katakan, the atmosphere were just fantastic !! ada ler sikit sikit aku terasa macam berada kat Old Trafford..ekekek. Kepada penghantar esemes tuh, sori takde masa nak menjawap, camne TV nak capture muka aku sorang, segenap pelusuk stadium padat dengan lautan merah ‘The Red Devils’…errr apa kelas tengok kat TV je bro? wakakak. Walaupon begitu, kesejatian aku sebagai rakyat Malaya mewakili ribuan fanaticos MU yang lain masih tidak terhapus kerana kami juga merayakan gol gol yang dijaringkan Amri Yayah, namun begitu anak buah aku si Burn diperhatikan masih tebal kerakyataan MU’nya..hahaha. Petang semalam kosentrasi aku terhadap games terganggu kerana aku asyik memerhati ribuan penonton yang penuh dan tangan aku tidak lekang memetik lensa kamera ke  segenap ruang stadium. Aku dah tak kesah MU menang ke atau Malaya yang kena titik, yang pasti sebagai kipas susah mati MU, pentingnya kehadiran aku bersama ribuan penyokong setia yang lain bagi membuktikan tanda sayang kepada pasukan Juara EPL ini. Lama tidak berkunjung masuk ke stadium, terimbas semula kisah lebih sedekad yang lalu, di mana aku sebagai fanaticos pasukan Selangor, setiap minggu pasti setia membanjiri Stadium Shah Alam menyaksikan pasukan The Red Giants beraksi di zaman kegemilangan kelibat Azman Adnan dan rakan rakan.

IMG_2868

Tindakan aku naik moto ke Stadium Nasional Bukit Jalil ni memang bijak, hahaha..kataku belagak. Mana tidaknya, jem gilerrrrrrr masa nak sampai kat area Bukit Jalil , lepas tu pulak polis trafik berkawal kat luar pintu masuk, lagi lah kesesakan tahap cipan kat situ. Nasib baik polis lepaskan kami mat mat rempit lolos sehingga ke perkarangan stadium. Nasib baik gak tak kena menapak sejauh 5 kilometer macam ada separuh orang. Kalo naik LRT pon leceh, sebab aku dengar sampai kena halau keluar sebab terlalu penuh. Masa aku sampai ni dah pukul 4:45 pm, kat luar ni dah kurang orang, tetapi kat dalam stadium dah gegak gempita dengan sorakan penonton. Cisss, sempat pulak si Burn ambik gambar curik aku tengah konci moto.

IMG_2872

Huh, aku park moto kat Blue Gate, tiket masuk aku kat Green gate, kena gak laa menapak separuh pusingan Stadium neh. Ni suasana luar stadium dah pukul 5pm. Masih ramai yang berkeliaran kat luar ni, ada gak aku nampak orang menjual tiket haram. Tapi yang geram masa ni, bunyik gamat bergema kat dalam stadium, si Burn ni jalan punya laa laju, ke depan jer dia, excited ler tuh..

IMG_2883

Ni masa mula mula masuk dalam stadium. Patut ler gamat, kedua dua pasukan dah turun buat warm up..

IMG_2884

Masa masuk ni dah pukul 5:15pm,  baru dapat cari tempat duduk, itupon nun kat ceruk tingkat atas. Kat bawah sanan semuanya dah penuhhhhh.

IMG_2885

Nampak tak tu ‘seciput’ penyokong pasukan kebangsaan di antara lautan penyokong  The Red Devils.

IMG_2888

Masa kedua pasukan keluar, memang gegak gempita seluruh stadium ni. Aku close up skit, dari kiri..17-Nani, 3-Evra, 18-Paul Scholes, 9-Berbatov, 8-Anderson, 28-Gibson, 10-Rooney, 22-O’Shea, 23-Evans, 1-Van Der Sar dan 5-Ferdinand manakala yang baju kuning tu satu pon aku tak kenal..hahahaha.

IMG_2891

Lengkali aku kena beli kamera SLR yang lebih canggih close-up berkuasa tinggi kan? mencikk..

IMG_2892

Tapi imej ni pon apa kurang nya kan, suasana di dalam stadium dari penjuru tingkat atas.

IMG_2894

Penuh padat dengan peminat bolasepak.

IMG_2900

Imej dari sepakan sudut Nani.

IMG_2903

Cun tak pemandangan ni?

IMG_2911

Masa ni game dah habis, majlis penyampaian cenderamata, peminat semuanya masih tidak berganjak dari tempat duduk. Keputusan perlawanan ialah Malaya 2 MU 3. Korang sure tau sapa yang score kan? walau bukan peminat, tapi mesti terbaca dalam paper kan? ekeke..

IMG_2913

Ni rakyat Argentina mana pulak yang sesat ni? wakakaka…Hampeh punya Burn, ni pon gambo curik.

IMG_2915

Best kan Burn? taon depan kita pergi lagi nak? sebab senarionya tak sama macam Stadium Negeri kat Paroi, Seremban nun…wakakak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...