Brain Attacks..

brain_attack_4v

05-DoaAnginAhmar

Stroke terjadi apabila tekanan darah tinggi meletus ke otak atau ia juga dikenali sebagai Angin Ahmar. Inilah yang berlaku kepada filem director Allahyarhamah Yasmin Ahmad dan rupa rupanya penyakit ini merupakan penyakit ketiga paling bahaya selain jantung dan kanser. Bahaya mendapat serangan stroke ialah kita akanĀ  rebah tiba tiba dan mati secara mengejut atau jika hidup pun akan lumpuh separuh badan akibat gangguan pada sistem otak. Terpanggil untuk menulis tentang ni kerana baru baru ni aku pergi membuat medical check-up dan didapati tekanan darah aku tidak berada di tahap normal walaupon doktor masih mengatakan OK. Pertama, aku dinasihatkan untuk menjaga permakanan, mengurangkan makanan masin, tidak merokok selain melakukan senaman 20 minit dalam sehari. Aku berhenti menghisap rokok sejak 10 tahun yang lalu dan aku masih aktif bersukan sehingga kini. Alhamdulillah setakat ini semuanya OK, cuma aku harus berhati hati kerana sejarah keluarga mempunyai darah tinggi dan dalam bab pemakanan pula aku ‘kaki’ jugak dengan ikan masin dan kuat makan asam. Di dalam Islam ada ayat tertentu untuk dibaca hanya sekali di dalam hidup untuk mengelakkan kita di serang angin ahmar. Wallahu’alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...