Sekadar hiburan..

Hari ni berpeluang lagi ke panggung menyaksikan sequel terbaru Transformer II-The Revenge of the Fallen. Itu pon tengah aku dok online pagi tadi, tiba tiba teringat akan citer ni baru ditayangkan semalam, jeling kat jam dah pukul 11, terus je dail nombor Cathay bertanyakan waktu tayangan pukul 11:30 am. Cepat cepat aku tutup pc dan terus bersiap, start motor terus pecut ke Cineleisure Damansara. Biasanya masa aku pergi tengok hari orang bekerja cemni, tak ramai tapi masa nak beli tiket tengok dah bederet beratur panjang, tensen plak aku tetiba pasal masa tu dah pukul 11.25 am, takut tak sempat, apa tak pergi kerja ke derang tu semua? ekeke.. Cathay ni pon satu, bukak 2 kaunter aje, tak cukup kakitangan ke?
Errr..orang yang dok ada kat Kota Kinabalu sekarang ni dapat ke tengok? hehe..orang yang kat Kuching plak camner?
Sebenarnya aku tak tengok pon Transformer 1 pada tahun 2007, masa tu tak berpeluang sebab Cineleisure ni belum bukak kot, tapi masa tengok Terminator Salvation bulan lepas, sempat gak tengok preview Transformer II ni, menarik pulak dan lagipon hero si Shia LeBouf memang aku minat sejak dia berlakon Indian Jones dengan Harrison Ford itu hari. Overall boleh dikatakan OK laa citer ni berbanding Terminator Salvation tempoh hari yang bagi aku agak begitu mengecewakan berbanding Terminator 2 yang sungguh hebat di antara semua sirinya. Dan kini aku dah kenal siapa Bumble Bee, Optimus Prime dan semua suku sakatnya sedangkan sebelum ini hanya terbaca mengenainya dan boleh dikatakan sequel kali ini amat menghiburkan. Lepas ni aku kena carik la DVD Transformer part 1 tu nak kena tengok.
“Overall boleh dikatakan OK laa citer ni berbanding Terminator Salvation tempoh hari yang bagi aku agak begitu mengecewakan berbanding Terminator 2 yang sungguh hebat di antara semua sirinya.”
ai transformer ker terminator bro.. huhuhuu
[Reply]
yup maksud aku memang Terminator 2 (The Judgement Day)
Terminator 4 (Salvation) agak kurenggggg..sbb bukan James Cameron yang direct…
[Reply]
aih bnyk ni je komen psl 2 2 cite plg beh musim pns tahun ni? haha
[Reply]
Halym Reply:
June 30th, 2009 at 5:55 am
hahaha…tu ler encik amir…derang tak minat tengok wayang kut..ekeke
by the way. thanks kat encik amir yang berikan komen pertama kat sini..syabbas bette
[Reply]
wakakakkaa….balik ke topik…banned kut muahahhaa
tp terminator yg dulu best
tunggu terminator yg kelima 2012….tunggu
balik ke tranfomers…ngeh2…boli tket pukul 7.40…sekai masuk pukul 8 daaaa….hampeh….
tp besh….2 jam lebih jalan cerita…mmg tak kecwakan diriku hahahahha…..kita tunggu transfomer yg ke tiga plak…yihaaaaaaa
[Reply]
hahaha…nak ban aku kat sini ke bro..bluweks…ekeke
yess bro..memang best giler Transfomrner ni, lagi pon aku suka lawak romantika
dalam citer ni…hahaha
[Reply]