Michael Jackson meninggal dunia..

Pagi ni masa hantar budak ke sekolah bawak kete, terdengar berita kat radio yang ‘KING OF POP’ Michael Jackson sudah meninggal dunia di Los Angeles ketika berusia 50 tahun. Dia didapati mengalami masalah jantung dan tidak bernafas ketika di bawa ke hospital dan koma. Beberapa bulan dulu pernah terbaca yang dia memeluk agama Islam, tetapi tak dapat nak disahkan betul atau tidak. Jika benar, abangnya Jermaine harus menguruskan jenazah dia ni dan jika sebaliknya tak tahu lah macamana. Peminat seluruh dunia pasti terkejut dan menangisi pemergian Michael di usia muda. Michael masih memegang rekod best selling album of all time dengan jualan 50 juta unit seluruh dunia untuk album ‘Thriller’ pada tahun 1982. Aku pernah membesar dengan lagu lagu dia pada awal 80an dulu dan aku boleh la dikatakan peminat dia jugak. Sedih juga mengenangkan Michael ni dengan segala apa yang telah dia berikan kepada peminat, segala kontroversi yang melanda dan keadaan kulit dia yang melupus lately. Sampai sekarang aku tak boleh lupa lagu I’ll be there yang dia nyanyikan ketika bersama Jackson Five.
saksikan video fantastik ini, my fevret song from ‘Dangerous’ album.
bukan dah mati, tapi dah meninggal bro..
kalau ikut laporan akhbar di sana memang dia dah convert..
jenazah dia dikafankan bukan diletakkan di dalam coffin cam biasa..
kalau benar, Al-Fatihah untuk allahyarham Mikeel
wallahualam..
[Reply]
Halym Reply:
June 26th, 2009 at 4:25 pm
TQ bro, confirmkan..aku masih was was, tp baguih laa dia sempat convert..al fatihah juga buat Michael..semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang mukmin..apa yg aku tahu, dia di kira bersih selepas memeluk Islam..wallahu’alam
[Reply]
Finally… dah terlepas segala beban dia selama ni…
nak kata sedih tak jugak…
tapi mengikuti perkembangan dia…
last aku tengok dalam cannel CI… Why MJ won…
pasal kes makamah dia…
dia hanya mangsa keadaan….
muzik video aku paling suka…
“remember the time’ ada featuring eddie murphy ngan jonhson yg main NBA tu…
[Reply]
Halym Reply:
June 26th, 2009 at 4:27 pm
bro, aku memang minat dia bro sejak aku kecik bro,
sob sob sob..sedih pon ader neh..huhuhu
tak dapek nak cakap lagi ni dah..
[Reply]
wah dah bodband skg ek ;)
ha’ah laa mikael nama dia kan..
masa dia convert tu yusuf islam a.k.a cat steven pon ada (kalo tak silap)..
smoga dirahmati..
[Reply]
aidilx Reply:
June 26th, 2009 at 10:47 pm
bukan yusuf islam tetapi dawud warnsaby (aku tak ingat ejaan dia) song writer dr canada yg dah convert gak..
[Reply]
Halym Reply:
June 26th, 2009 at 11:10 pm
aku pon ader dengar Yusuf Islam ada masa tu..tp whoever lah..biter tu biter gempar tahun lepas..sama seperti gemparnya berita hari ini pulak..Al Fatihah
[Reply]
itulah takdir namanya..jika tahun lepas arwah masuk Islam,
maknanya dosa dia selama 50 tahun terhapus dengan izin Allah…wallahualam
*gua bodben dah skrang bro..bedesup desupp…hehe
[Reply]
1. pnDak.. se sempat gak boli album tu dulu .. 1982
2. tahniah la pnDak dah ada kawan baik.. (yg boli kat ice cube tu..)
[Reply]
Halym Reply:
June 30th, 2009 at 6:00 am
album Thriller saya masih sekolah rendah,
album Bad saya kat sekolah menengah,
album Dangerous, itu zaman masa saya bujang dulu…tengah naik
for me, album Dangerous yang terbaikk dan gempak sbb
ada Slash yg merupakan guitarist Guns N Roses..hahaha
[Reply]
MJ – sy bkn peminat dia tp terasa juga kehilangannya.
GIVE THANKS TO ALLAH dia ke nyanyi??
[Reply]
Halym Reply:
July 10th, 2009 at 4:05 pm
ye ke Inas, tak pasti pulak ada lagu tu dia nyanyi..nak gak dengar..
[Reply]