Hampeh betol..

img_2777

Kelakar aku rasa..pagi semalam aku nak hantar budak sekolah, macam biasa lepas turun terus ler ke lot parking moto. Tup Tup!  eh? mana moto aku? moto kapcai dah takde kat tempat biasa, lerr..moto hilang laa pulak. Dalam pale mula laa sumpah seranah security yang jaga kawasan rumah ni, tido ke hape sampai moto aku kena kebas. Dah lewat, aku start kete terus tekan minyak, lepas pusing 2 selekoh, tiba tiba aku teringat..wakakakaka :biggrin: aku tertinggal moto kapcai aku tu kat kedai mamak, dah 2 hari 2 malam pulak tuh..hehe..



Ceritanya begini, hari jumaat petang, lepas ambik budak budak kat sekolah dan nurseri, aku bawak derang pergi minum kat kedai mamak. So lepas puan Anne balik dari kerja, kami sekeluarga berjumpa kat kedai mamak tu sambil minum. Aku memang ada plan nak ke Blue Cube Giant Kota Damansara beli broadband dan puan ader nak beli barang gak sikit. So aku park dan kunci motor  kapcai kat kedai mamak tu dan lepas balik dari Giant nanti singgah laa ambik moto bawak balik, ada gak 2,3 kali aku buat cemtu dulu..

Kat outlet Blue Cube tu aku punya laa leka, tanya itu dan ini, puan pulak sibuk membeli belah kat Giant dan budak budak juga sibuk bermain kat playground bersebelahan Blue Cube. Biasa laa esok tak sekolah, lamaa sampai pukul 10 malam baru kita orang selesai dan balik rumah…terus balik rumah, tanpa ingat apa apa, maklum ler dah dapat broadband, sah sah excited tak ingat. Malam tu aku dok mengodek pc sampai pukul 1 pagi. Esoknya,  hari sabtu pagi aku terus pergi kerja sampai laa petang macam biasa bawak moto lain.. (Yamaha FZ150)

Petang Sabtu tu balik kerja pergi lagi Giant..hehe. saja melepak buang masa, maklum ler baru bukak, sebelah rumah jer. :whistle: Baru je aku sampai beberapa menet, abang aku tiba tiba called ajak makan kat Pha Pha Seafood Restaurant kat Simpang Tiga, Greenwood. Aku pon terus bekejar ke sana dan makan malam dengan Itam sekeluarga, anak buah, si Abu Bakar dan mak pon ada sekalik, lepas makan terus je balik ke rumah. Pagi Ahad aku sekeluarga pergi laa breakfast kat kedai mamak tu makan dan minum, tapi kan langsung aku tak perasan yang moto aku dok tertonggok kat situ sejak petang Jumaat..ekeke. Lepas breakfast  terus belah pergi lagi Giant sebab malam sabtu tu tak sempat nak beli apa apa yang abang aku ajak makan tu..

Seharian Ahad tu aku dok mengodek broadband kat laptop aku pulak. Aku install kan LimeWire kat laptop dan try download lagu, last last laptop aku terkena virus pulak, celaka punya LimeWire kasik link ntah hape hape. Malam tu aku pergi kerja macam biasa naik moto FZ150. Normally moto kapcai tu aku guna untuk hantar budak ke sekolah atau pergi kedai beli barang barang ke apa je. So weekend aku jarang pakai kapcai sebab biasa keluar dengan family pakai kete..hehe. Semalam, lepas je aku hantar budak2 ke sekolah cepat cepat aku pergi balik kat kedai mamak tu dan…fuhhh, syukur, moto kapcai aku adaaa lagi kat situ. Ceh, ni semua gara gara broadband lah ni, sampai aku lupa moto kapcai yang telah berkhidmat selama 7 tahun itu di tinggalkan begitu saja…ekekek :sideways:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...