3 kali aku terkesima..

Terkesima yang pertama ialah hilangnya Michael Jackson untuk selama lamanya dari dunia yang fana ini, sebagaimana peminatnya seluruh dunia merasakan kehilangan, aku juga tidak ketinggalan. Pedulik apa, jangan nak salahkan aku, ini proses biasa apabila kita meminati seseorang, kita akan terasa kehilangan, bukan nak mengagung agungkan dia, cuma Michael satu dalam sejuta, lagu lagu dia menyatukan seluruh dunia dan dia sesungguhnya hebat dan unggul di persada seni. Sejak jumaat lalu aku tidak berhenti memutar lagu, mendownload, menonton video dan mencari segala bahan berita tentang beliau. Satu perkara yang masih ku tunggu ialah majlis pengkebumian dan persoalannya adakah akan disempurnakan secara Islam atau tidak.
Tengahari semalam aku terkesima buat kali ke 2…sedap sedap aku tido, tetiba terbangun, puan yang bercuti, menalipon bagitau lepas dia park kete kat depan rumah, lepas matikan enjin, ada satu bunyik pelik kat bawah bonet enjin. Aku pon turun dan pergi tengok, lepas aku bukak bonet, rupa rupanya kipas radiator+ekon masih berputar ! Apa pulak penyakitnya ni aku kata..aku talipon pomen aku si Awa bertanya, dengan selamba dia kata kete aku dah gila lalu dia suruh bawak kete dia datang ke workshop, ceitt hape lah punya komen cina tu. Aku dail pulak nombor talipon Aboy (tester Proton merangkap sepupu puan). Memula aku lega sebab dia kata itu standard untuk kete Gen2 dan Persona, jika enjin terlampau panas, kipas akan berpusing beberapa menet walaupon enjin telah dimatikan. Aku pon talipon Awa semula dan bagitau kipas dah berhenti pusing..hehe saja klentong dia, malas nak ke workshop takut dia sembelih nanti.
Aku pon kunci kete dan terus naik ke rumah…setengah jam berlalu, aku ajak puan keluar makan dan aku turun dulu, terus aku ke kete dan terkejut cipan biler aku tengok kipas tu masih lagi berpusing ! gabra, terus aku sms kat Aboy dan dia nasihatkan bawak pergi check, terus je aku ke bengkel Awa dengan muka selamba. Sampai sana dia terus tanya..“aiyaa, tadi kata sulah belenti pusing? “ wakakaka..aku gelak dan cepat cepat tukar tajuk perbualan. Check punya check rupanya ada masalah pada suis relay kipas tersebut, last last Awa charge aku rm30 untuk relay Bosch tu..fuhh legaaa..
Terkesima kali ketiga pulak ialah tentang gambar moto yang tertera kat atas tu, kenalkah anda dengan moto itu? bukan moto aku, tetapi itu motor sorang daripada owner FZ150i, yang aku ambil dari forum khas club moto FZ, percaya atau tidak?? Itu baru satu contoh gambar yang aku tunjukkan, banyak lagi gambar dan ramai lagi owner FZ150i rupanya di seluruh Malaysia, aku seakan baru terjaga dari tidor.. Al-kisah nya lagi, malam semalam (Ahad) aku on the way nak ke tempat kerja, macam biasa bawak moto FZ laa kan, takkan nak bawak kapcai plak, tak main la..haha. Aku tengok minyak dan takat nak rezeb, singgah laa kat Petronas Elite Layby (lepas tol Bukit Jelutong) untuk mengisik minyak. Sedang aku mengisi minyak, aku terpandang dari jauh sebijik moto dan sorang mat motor park dekat tepi petro pam tu, kejap lagi tiba tiba dengar bunyik ekzos kuat moto hape ntah datang dan park sebelah mat moto ni tadi. Aku buat tak nampak je pasal aku ingat mat motor besar mana yang nak gather kat situ. Aku jeling gak, tiba tiba aku nampak derang ni gamit kat aku, aku pon toleh ler kiri kanan, nak tengok dia lambai kat sapa. Aku buat derk je lagi, siap isi minyak aku pon start enjin dan gerak, kebetulan lalu depan derang, tiba tiba derang ni tahan aku, aku dengan berat hati terpaksa berhenti sedangkan aku dah lewat nak masuk kerja dan aku ingat derang nak tanya apa…
Tanpa aku matikan enjin dan tak bukak helmet, 2 orang brother ni bertanya aku ni forumer ke? aku tiba tiba jadi kalut biler derang ni tanya pasal forum. Forum amendenya? Lepas tu bro tu kenalkan diri dan bersalaman dengan aku dan bagitau yang derang tu owner moto Yamaha FZ150i, moto yang macam aku pakai ni ler. Tiba tiba aku macam tersedar dari mimpi, rupanya motor yang tertonggok tadi tu FZ?? sumpah ! mati mati aku ingat moto ape larr tadi? tu yang aku katakan terkesima sebab moto derang langsung takde rupa moto FZ, lain dari yang lain, bunyik lain, rupa lain dan derang ni rupanya dari geng club Yamaha FZ150i. Cissss, tertipu aku hidup hidup, tak sangka betul yang moto derang tu tadi FZ..iskkk
Terus aku turun dari moto dan macam jakun check kat moto derang yang telah di custom kan, perghh gempak habis ooo, lalu kami pon bersembang panjang bab moto ni sampai aku terlupa yang aku dah terlambat nak pergi kerja, sampai 15 menet aku kat situ tanpa aku matikan enjin moto aku tu. huh! Tiba tiba naluri mat moto aku yang telah lama terpadam bercahaya semula. Giler ahh..sebenarnya aku malas dah nak layan benda benda ni sume, tapi one thing, biler tengok depan mata moto tu derang modified, rasa amat teruja dan kalau ada duit, nak gak aku tukar moto aku ni jadi konsep Motard..hahaha. Lepas tu pulak, port lepak derang dekat pulak dengan tempat aku , kat Subang Perdana..ayooooo…habis lah..
dah jumpa corumn makin panjang la akal lepas ni…hahaa
[Reply]
Halym Reply:
July 2nd, 2009 at 9:14 pm
tu ler pasal bro..tanduk mmg dah kuar ni..ekeke
[Reply]
lepas neh boleh le join konvoi bebudak FZi halym..
takpon layan corner kat bukit tinggi.. kui kui kui..
[Reply]
Halym Reply:
July 17th, 2009 at 3:00 pm
tu ler pasal..ramai yang dok ngayat aku pi konvoi..
tp masalahnya aku takdek masa lah..family commitment..
[Reply]
salam…
moto ni x brapa mantap…
mana ade org nak pki moto ni banglim
ingatkan pakai LC…
sbb LC tu mmg mantap cutting dia..
along tgk mcm nak menangis laa…
moto ni dulu udot pernah pakai masa dia runner POS malaysia marin
[Reply]
Halym Reply:
July 21st, 2009 at 12:05 pm
hahahaha…ghupo memang tak mantap,
tapi yang penting performance dia bro..huhu
pemongak eh kau mano ado POS pakai moto ni?
[Reply]
ya balim…
posman marin ado pakai moto ni…
klu x cayo tanyo Udot…
tapi skg dah x pakai dah…udot pun dah naik pangkat ,
dia skg dah jadi Setiausaha Akhbar Datuk Syed Faisal bokeh CEO kito marin
ok chow dulu
[Reply]
Halym Reply:
July 21st, 2009 at 3:27 pm
wakakakakak…lawak hampeh gilo babas…
[Reply]
salam
dongar Badan dah duk kek Melako
kek jajahan mano dio diam..
manalah tahu kok terlajak sampai suna buleh yo singgah..
[Reply]
Halym Reply:
July 22nd, 2009 at 9:55 am
hahaha..dio kek Bertam Malim,
ikut Lebuhraya AMJ sonang..
[Reply]
Bertam malim ni kek mano x ponah dongar pun?
kek tajung malim ko?…ko kek Juaseh?
[Reply]
Halym Reply:
July 22nd, 2009 at 11:01 am
atok kau Juasseh..wakakakak
kek Melako lah weh…dokek dah ngan bandar Melako, dokek dokok dengan Klebang..ponah donga tak Klebang..hahahah
[Reply]
salam,
ader sesaper kat sini tak yang tau tempat nak modified motor fz150i cam dalam dalam gambar tu?
aku nie baru lagi dalam bab2 motor nie,harap ader la yang sudi bagi suggestion utk kasi mantap moto jenis fz150i ni ek,tq….
[Reply]
Halym Reply:
November 5th, 2009 at 2:52 pm
bro, masuk dalam forum ni–> http://fz150i.myenthusiasts.org/
banyak info dalam tu…kalo lu dok dekat kat area Subang Perdana, kat situ ade satu bengkel boleh modified baik punya..
[Reply]