Aku desperate..

Langkah aku di alam maya kini pudar, macam melukut di tepian gantang pon iye gamaknya. Segala kemudahan sudah tidak ada lagi, apa yang ada hanya ala ala saja, aku tidak boleh berbuat sesuatu malah kaku dan aku tidak boleh lagi beRaja di depan pc ini. Kebiasaannya kerusi ini harus boleh memasakkan sebijik telor separuh masak, tetapi kini pc ini sepi dan aku pergi keluar mencari cari udara segar di luar sambil merenung nasib. Jahanam gara gara ekonomi global yang menggawat, yang jadi mangsa adalah aku, kenapa harus ini berlaku, sedangkan acap kalinya aku bermewah mewahan di alam maya yang serba kaya dengan maklumat dan serba serbi. Nak meng’upload gambar di dalam blog untuk dijadikan entri tu pon tak boleh, apa kejadahnya? ini adalah salah satu contoh yang tangan aku kini ibarat patah sebelah. Apa yang harus aku buat jika nak buat itupon tidak boleh? aduh…mana aku nak korek rm499 sekarang ini?? jadi…hanya luahan ini saja lah yang dapat aku nukilkan buat sementara ini, sementara aku usahakan pula sesuatu yang dapat menyelesaikan masalah kronik sejak sebulan dua kebelakangan ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...