Renovasi dapor~Table Top

Sejak mendudukinya 8 tahun yang lalu, pangsapuri yang aku beli pada tahun 2000 ini masih suci, masih dara kerana tiada sedikit kesan kemusnahan walau seinci. Akhirnya tarikh 20 April 2009 merupakan hari bersejarah, di mana sudut dapor rumah ini ibarat Semenanjung Gaza yang dihujani dengan bom berangkai Yahudi..ekeke. Batu konkrit, besi, kayu, dawai dan segala mak nenek habuk mula menular ke sekeliling rumah..

Itu lah sebabnya entri terdahulu pernah aku katakan yang aku tak pergi kerja selama 4 hari dan sebenarnya akuĀ mengambil cuti selama seminggu setengah untuk memantauĀ kerja kerja renovasi dapor rumah aku. Aku mengupah orang Indon untuk melakukannya, Encik Basir aku kenal melalui seorang rakan sekerja dan percaya atau tidak, aku menunggu giliran ini sejak bulan September tahun 2008. Betapa popularnya dia ni sekitar Subang dan Kampung Subang melewati Kota Damansara, khidmatnya dicari dan ditagih setiap orang dan kerja kerjanya sudah tentu memuaskan hati pelanggan. Punyalah sabar aku menunggu dan akhirnya termakbul jua harapan untuk aku melihat hasil kerja kerja dia. Lihatlah, dalam masa tak sampai sejam, dapor aku lenyap dalam timbunan batu bata hancur..

Aku men’design sendiri bentuk table top dan kabinet dapor yang aku mahu dan aku present kat dia dan segala kerja teknikal itu aku serahkan sepenuhnya pada Encik Basir. Apa saja bahan bahan yang diperlukan dan apa yang patut dibeli semua Encik Basir yang uruskan, aku ibarat boss ketika kerja kerja berlangsung. Acara dimulakan dengan kerja pecah dinding yang memisahkan antara dapor dan ruang kering bagi mencipta ruang yang lebih besar di dapor. Selesai kerja pecah dinding, maka kerja kerja mengikat batu untuk membuat table-top pon di mulakan oleh Encik Basir. Kerja kerja memecah dinding tadi dilaksanakan dengan jayanya oleh 2 orang pekerja Encik Buasir..hehe.

Hari kedua, Encik Buasir yang merupakan tokei dan memang pakar dalam kerja kerja memasang tile memulakan misinya. Setelah mengikat batu untuk membuat table-top, Encik Basir membuat dulu para bahagian bawah table top. Kerja ini rupanya perlukan ketelitian dan penyusunan yang jitu dan tepat, aku ingat main belasah jer pasang. Sebab tu Encik Basir bagitau aku yang dia tak lepaskan pekerjanya pasang tile, takut tak rata atau senget.

Kerja kerja memecah dan menyimen diserahkan kepada anak anak buah Encik Buasir iatu Adi Gempur dan Din Berangkai. Gelaran tu aku yang kasik kat budak 2 orang ni..hehe.

Hari ketiga, kerja kerja memasang tile lebar berwarna hitam dimulakan Encik Buasir. Segala bahan bahan seperti pemilihan tile dan sebagainya aku serahkan sepenuhnya pada kebijaksanaan Encik Basir sebagai seorang yang pakar dan berpengalaman.




Dah siap table top aku dengan tile nya yang cantik. Aku amat berpuashati dengan hasil kerja Encik Basir & Co dan aku boleh la bagi 8.5 out of 10. Ok lah tu kan Encik Basir, nak kata perfect sangat tu takdelah, but aku puas hati dan happy, itu yang penting. Selama 4 hari tu, satu benda yang aku tak tahan ialah apabila kerja mengemas bila selesai satu hari mereka bekerja. Itu yang kepala aku jadi sakit dan bayangkan, walaupon mereka bersihkan segalanya, aku tetap kena kemas kali kedua, seperti mengemop lantai dan mengelap habuk sekeliling rumah. Ini kerana sebelah petangnya biler anak anak dan puan balik, aku kena pastikan keadaan rumah yang agak tunggang langgang, sepah dan berabuk tadi nampak teratur dan bersih.
tahniah .. good development
[Reply]
alhamdulillah dah selesai semuanya bang..
[Reply]
abang, bleh bagi contact no en buasir tu tak. harga dia macam mana. ingat nak pasang tiles kat umah.tq
[Reply]
Halym Reply:
January 5th, 2010 at 7:10 pm
amai kat mana ni? dekat dekat kws sini ke?
[Reply]