Butterfly Part II~tournament dah dekat..

Dah seminggu aku tak turun gelanggang, sibuk dengan beberapa hal domestik. Sebelum tu memang hari hari aku turun lepas selesai kerja dan paling tidak sejam mesti aku balun berlatih. Cuti panjang, tangan aku rasa gatal dan badan plak naik lesu, skill pon otometik hilang sekejap. Pimpong ni at least kena main setiap hari supaya boleh sustain skill pukulan dan rentak permainan. Sejak dapat table baru, aku pon dengan segera membeli bat baru jenama Butterfly demi kerana tournament yang akan berlangsung 24 May ini. Masalahnya, aku ni penganjur dan aku juga dipaksa untuk main jugak sekali..iskk, tak takut ke derang..ekeke.
Aku mengidam bat jenama Butterfly ni dah lama, biler dah ada meja baru ni, aku rasa bat pon perlu di tukar baru dan ya inilah masa yang tepat untuk aku mendapatkan brand Butterfly yang menjadi idaman selama ini. Aku membelinya secara berasingan, iaitu papan bat dan getahnya (permukaan kaler merah tu). Bulan lepas aku berkesempatan ke Pertama Kompleks, tempat aku tempah meja pimpong itu hari. Sejurus sampai, aku bertanya tentang bat, si pekedai terus bertanya cara aku memegang bat. Maksud nya aku pegang secara ‘shake hand’ atau ‘pen holder’, Sila rujuk imej untuk pemahaman yang lebih terperinci. Sejak azali lagi aku memang memegang bat secara pen holder dan aku selesa dengannya.

pen holder

shakehand
p/s – 2 imej atas ni bukan tangan aku ye..contoh gambar ambik dari internet..hehe


Nak tau berapa rege aku beli set ni? papan pemegang bat nya aje rm110, getahnya (kaler merah tu) pula rm75. Tapi tokei tu ada kasik aku diskon. Set ni original import dari Jepun, oleh kerana nilai Yen melambung, harga pon mahal ler sikit. Kelebihan papan dan getah jenama Butterfly ni ialah untuk aku mendapat permainan yang seimbang dari segi penguasaan, pertahanan dan menyerang.
wow pad ori brand butterfly yer bro.. hebat2.. ;o)
sory bro gua tak sempat nk gi lowyat cek price utk menda tu.. anyway bro leh cek pricelist online diorg ni..
http://imgserv.lowyat.net/pricelist/czone.pdf
http://imgserv.lowyat.net/pricelist/cycom.pdf
http://imgserv.lowyat.net/pricelist/sri.gif
[Reply]
ori laa bro, perghh..sedap sekali memakai nya pabila bermain..hahaha
TQ’s for the link tu..
[Reply]
wah!siap ada quotation gajet IT..best! aku tumpang tgk..
[Reply]
pricelist online untuk Butterfly ader tak? ekeke
[Reply]
“pricelist online untuk Butterfly ader tak? ekeke”
pricelist dapur arang cap butterfly ado laa.. nakk.. ;o)
[Reply]
ceh..ado yang nak kono pelangkong neh..hehe.
tapi brand tu mmg klasik gilo..mak den pakai dedulu..
[Reply]