6 hari 5 malam mak kat rumah..Selamat hari Ibu

img_2483

Kalau nak diikutkan, masa untuk aku ber-internet begitu terhad ketika ini, 2 sebab kenapa..pertamanya majikan aku dah limitkan masa untuk online menggunakan server opis dan kedua, nampaknya buat pertama kali dalam masa 9 tahun, ping-pong berjaya mengalahkan keghairahan aku terhadap internet..tetapi hari ini aku terpaksa gagahkan diri untuk mencoret sepatah dua kata buat emak tersayang sempena hari ibu..

Kepada yang masih mempunyai ibu silalah ambil sedikit perhatian. Janganlah sia sia kan masa tua ibu dan bapa kita ketika mereka meniti usia tua sekarang ini. Janganlah lupa taat kepada kedua ibu dan bapa. Jangan menjadi anak yang durhaka kerana balasan di dunia dah banyak terjadi , berbagai derita yang datang menimpa. Cubalah bayang kan, kasih ibu dan bapa yang mengasuh kita petang dan pagi. Marilah kita sejenak mengingat, kasih ibu bapa yang tiada terkira, walaupon dirinya letih serta penat, namun di wajahnya tetap bergembira. Bila ibu dan bapa telah dibawa pergi menuju pusara meninggalkan kita, baginya permata tak berguna lagi, selain doa dari anak tercinta.

img_2467

Beberapa perkara telah berlaku dalam masa 3 minggu yang sudah berlalu. Seperti yang telah dijanjikan, abah telah menugaskan aku untuk menghantar mak ke Hospital Selayang untuk appointment kali ke 2. Abah dan mak datang pada hari selasa petang ke rumah, dan seperti biasa hati aku berbunga bunga kembang, almaklum telah lebih setahun sejak kali terakhir emak dan abah mengunjungi teratak tinggi dan sempit Kota Damansara ini. Mak tiba tiba tidak sihat sejak Disember 2008, dan sejak itu mak kehilangan berat badan sebanyak 20 kilo lebih. Mak mengalami depression yang teruk lalu tidak dapat tidur sepanjang malam dan hilang selera makan. Pelbagai rawatan telah diusahakan termasuk berikhtiar secara tradisional. Terbaru kami membawa emak berjumpa pakar psychiatry untuk rawatan lanjut. Alhamdulillah selama 5 malam mak berada di rumah aku, abah kata mak sudah dapat tidur lebih dari 5 jam setiap malam dan mula menunjukkan tanda positif dari segi tingkah laku dan berselera makan.

img_2468

Bagi aku, dalam keadaan begini, support dari anak anak emak yang lain begitu penting dan emosi emak tidak buleh diusik sedikit pon. Maksud aku, dalam keadaan sekarang, jangan langsung mengeluarkan perkataan perkataan yang bisa menguris hati emak dan jika pon emak tidak mahu memakan ubat atau tidak mahu makan nasi, pujuk emak secara baik, bukan dengan memaksa atau memarahi emak. Beri emak nasihat yang baik dan motivate emak secara rasional. Pengalaman selama 6 hari 5 malam, aku pergunakan sepenuhnya menatang emak, memberi kata kata semangat setiap hari dan nasihat berguna bagaimana untuk improve kan kesihatan emak. Alhamdulillah emak dapat menerima segala kata kata aku dan emak berusaha memperbaiki kesihatannya. Doa kami akan hari yang mendatang ini, emak akan sembuh sediakala dan kami amat rindukan emak yang dulu dan masakkan emak yang sedap itu.

img_24771

Saat saat ini amat bermakna dan hebat buat aku sekeluarga. Dapat makan bersama lantas memori dulu dulu muncul semula di kotak ingatan. Aku terbayang akan anak anak aku tu macam aku dulu dulu bersama adik beradik yang lain makan bersama emak dan abah. Hargai saat saat ini kerana mereka bukannya muda lagi..huhuhu..syahdunya..

img_2472

Abah sedang meneliti, memperbaik dan menanda semula arah kiblat menggunakan kompas. Danish belajar sesuatu dari atuknya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...