Tale~N~Time

Sebuah lagi buah tangan dari Puan Yasmin Ahmad, pengarah yang terkenal dengan filem berbentuk Indie. Aku pernah menonton kesemua filem filem pengarah ini, dan bagi aku Sepet tetap yang terbaik dari segi penceritaan walaupon penuh dengan kontroversi. Hanya pelakon adik beradik Sharifah tu yang sesuai buat filem filem Yasmin, aku menonton kerana lakonan mereka yang bersahaja dan amat berkesan. Talentime ni pula sarat dengan mesej di dalam dialog tetapi aku aku tidak dapat merasai penjiwaan watak yang berkesan oleh pelakon baru Mahesh dan Pamela. Keseluruhannya filem Talentime ni biasa je bagi aku, tiada yang hebat dan kurang kontroversi, walaupon adengan tidur sebantal antara Mahesh dan Melur tu sebenarnya tidak perlu.