Sudah 4 hari aku tak pi kerja..

Jangan risau, aku sihat macam biasa, cuma petang semalam aku kena sakit kepala yang teramat sangat. Sejak hari Isnin, aku menjalani hidup dari pagi sehingga petang bawa ke malam kat rumah saja, tak ke mana mana. Mungkin semalam setelah 3 hari, mind-set aku terpana sekejap atau biol kerana tidak melakukan rutin biasa keluar bekerja mencari rezeki atau duduk di opis membuat kerja. Sejak 18 tahun yang lalu, ini ler kali pertama aku duduk di rumah sampai seminggu tak kerja selain aku pernah sakit mata dulu dan MC selama 9 hari…..
Hari ni masuk hari ke 4, awal pagi hantar anak2 ke sekulah dan selepas itu duduk di rumah saja. Sejak isnin, selepas puan keluar bekerja mencari rezkei dan anak anak pula keluar mencari pelajaran, jadual aku dari pukul 8:00 pagi hingga pukul 10:00 ialah tengok TV Layaria kat Astro Ria, sambil campak kain dalam washing machine. Lepas tu keluar breakfast dan lepas tu balik semula ke rumah terus bukak komputer dan mentenet, sambil putarkan CD album baru Jamal Abdillah yang aku beli berulang kali. Ikut mood aku akan belayar sehingga jam 12:00 ke 1:00 tengahari dan lepas tu aku akan sidai kain pula, sidai kain pulak terpaksa kat balcony jer..

Biasanya lepas mentenet aku akan tidor sekejap dalam sejam dan lepas tu bangun solat dan pergi lunch. Lepas tu akan sambung mentenet atau aku layan Astro lagi, lepas satu channel ke satu channel yang lain. Semalam abah ada talipon, dalam sembang tu ada aku cakap nak pi melawat emak kat BA, tapi abah cakap tak payah datang, dia suruh aku tunggu kat rumah aje. So sebagai anak yang mendengar kata, aku turutkan saja arahan abah, sedangkan hatiku meronta ronta kerana sudah seminggu lebih tidak berjumpa emak yang tak berapa sihat tu.
Menjelang petang, setiap hari, batang mop laa yang akan menjadi teman setia aku, aku mengelap lantai sekeliling rumah dan menyapu apa yang patut. Kerja aku hanyalah mengemas dan mengemas sehingga keadaan nampak macam tak ada apa apa yang berlaku sejak isnin lalu. Aku harap biler puan dan anak anak balik, keadaan tidak akan nampak mencurigakan atau mereka akan membebel tak tentu pasal. Jam 6:30 petang aku akan keluar menjemput anak anak dari sekolah dan nurseri dan kami akan dinner bersama sama kat restoran biasa dan pulang ke rumah menjelang maghrib. Pukul 10:00 malam selepas tengok diari AF, aku letih dan masuk tidur awal, begitulah sejak 3 hari yang lalu.
Hari ini, selepas bosan mengadap komputer ni, aku ambil pula novel merapu terbitan Gila Gila dan membacanya sehingga separuh jalan, sambil duduk dekat balcony depan rumah dan ditemani angin sepoi sepoi tengahari. Dari situlah tergerak untuk aku nukilkan coretan ini, dan kepala aku terasa bengang semula macam semalam, dan aku rasa macam nak ambik ubat ponstant yang puan kasik semalam dan nak telan lagi sebijik, tapi aku bukanlah hantu ubat pil.
Aku harap semua ini akan selesai menjelang hujung minggu ini, dan aku boleh kembali kerja minggu depan atau aku akan sambung lagi ‘honeymoon’ ini sehingga Rabu depan atau entah apa laa yang akan terjadi selanjutnya. Aku pon sebenarnya tak sabar untuk melalui semua ini dan menanti bila akan tiba akhirnya..
dah sampai waktu suruh ko rehat.kengkadang layan diri kat rumah sesorang mengemas apa yang patut,best apa?aku jarang kena sakit kepala ni.x berapa penah kot rasa2 nya.tapi kalau aku sakit kepala,aku suka baring kat lantai tampa letak bantal kat kepala.pas tu susun bantal tinggi2,taruk kaki.makna nya baring sambil kaki melebihi paras badan supaya darah turun kat kepala.oksigen kat kepala dah kurang tu.
[Reply]
salam. pnDak tak sehat ye.. nampaknye perlu rehat la sehingga badan ‘kata’ dah boleh dan bersemangat untuk buat routine dan lain-lain aktiviti..
[Reply]
Lerrr….sapa kata aku tak sihat, sebenarnya aku sakit kepala sebab tak pi kerja dah 3 hari…ada projek yg sedang aku lakukan…nantikan entri seterrusnya..hahaha
[Reply]
ko buat projek apa? projek kaboommm! ka..kui!
[Reply]
alaa kak..projek belajar masak memasak kat dapor…ekekeke
[Reply]
kalau dah tak keje .. lap aaa
kibod tu … 2 hinci tebal habuk tu
[Reply]
wah…tajam mato kau ye..nak tau nape berabuk tebal….jawapan nya di entri akan datang..hehe
[Reply]
pergh! sampai nampak kaler kelabu asap kat keyboard..
perasap ngan kemenyan ke apo kibod tu bang?ekekeke
[Reply]
adeh!camna aku taip nama aku leh kuar halym ni..
[Reply]
HAHAHA…KANTOIIIIIII…HEHE
[Reply]