Jamal Abdillah..Tak Hilang Cinta

3403711681_96395492fb_o2

Ketika mula Jamal Abdillah mengukir nama di persada seni, aku baru saja memasuki alam sekolah rendah. Ketika itu masih terlalu muda untuk aku mengkagumi atau menghayati lagu lagu dan kelunakan suara jantan yang tiada tolok banding di negara ini. Tetapi aku harus menyalahkan abang abang aku ketika itu kerana saban hari melagu dan mengalunkan suara Jamal dari corong radio melalui keset..

Kalau tidak kerana abang abang dok beli keset Jamal masa tu, mungkin sekarang ni aku dok minat kat Herman Tino, Hail Amir ke, tak pon Latiff Ibrahim..ekeke. Tak perlu nak cerita lanjut lagi laa kan, rasanya semua dah tau yang aku memang  fanatik penyanyi tersohor kita yang satu ni. Tak kisah laa kontroversi apa yang dia ciptakan saban tahun, namun dia tetap menjadi pojaan hati ku. Jangan salahkan aku, sebab semenjak dari bangku sekolah lagi, aku dihidangkan dengan lagu lagu Jamal dan aku membesar dengan lagu lagu dia sejak 30 tahun yang lalu. Sehingga kini, aku masih tidak jemu melayani lagu seperti Kembalilah, Kabus di Wajahmu, Sepi dalam Penantian dan sebegitu banyak lagi lagu HIT yang tak tertaip kat sini. Tak sangka, di usia 47 tahun, Jamal masih mampu menghasilkan album baru di tengah kegawatan ekonomi global begini. Tapi aku percaya, Jamal masih mempunyai pengikut dan peminat setia termasuk laa aku sendiri. Lagu hit terbaru Tak Hilang Cinta di Dunia sudah mula kerap Sinar FM putarkan, sedap sekali lagunya. Penerbit album ni Shah, manakala Adnan Abu Hassan dan Rohunaim, komposer baru meningkat naik turut menyumbangkan lagu dan Jamal sendiri juga mencipta dan menulis lirik beberapa lagu.

art_5620_big

Ni list lagu lagu baru dalam album terbaru Jamal tu.

  1. Tak Hilang Cinta Di Dunia (lagu/lirik: Rohunaim)
  2. Apa Lagi (lagu/lirik: Rohunaim)
  3. Cinta Dua Darjat (lagu: Adnan Abu Hassan / lirik: Faris)
  4. Di Mana Akhirnya (lagu/lirik: Jamal Abdillah)
  5. Waktu Kerinduan (lagu/lirik: Rohunaim)
  6. Akulah Kekasihmu (lagu: Jamal Abdillah / lirik: Ad Samad)
  7. Terpesona Dusta feat. Daly AhliFiqir
  8. Lagu/lirik Terpesona : Shorty Robin (Clique Fantastique)
  9. Lagu/lirik Dusta  : Hakcipta Terpelihara
  10. Adaptasi Lirik : Jamal / Palot / Daly
  11. Keindahan Mimpi (lagu/lirik: Jamal Abdillah)
  12. Ku Sejiwamu (lagu/lirik: Rohunaim)
  13. Kembara Yang Indah (lagu: Adnan Abu Hassan / lirik : Faris)

hi_041

Gambar terbaru masa Teater Sirah Junjugan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...