Selamat Pengantin Baru~VaggabanZ

img_2197

Korang rasa KLASIK ke tidak gambar yang aku petik ni? ekeke..bukan sengaja nak kenakan pengantin, tapi ini realiti. Waktu aku sampai,  jam baru pukul 12:30 tengahari, aku disambut oleh pak Aji pakai jubah biru dengan kekotak door gift berupa gula gula. Aku arahkan rombongan aku terdiri daripada family aku sendiri dan family sepupu puan Anne pergi senduk nasik minyak sementara aku menonong terus mencari pasangan pengantin paling IDEAL ‘alam siber’ kat dalam rumah. Aku dah pernah jumpa GabanZ tetapi tak pernah bersua dengan si Vagg. Sesampai kat muka pintu, senario inilah yang aku nampak dan terus tangan menyeluk poket dan terpetik la imej yang ini…jangan marah!

Memang bercadang lama nak pergi kenduri kawin si GabanZ dan Vagg ni, biler GabanZ dah confirmed tarikh, aku buat senyap je dulu tak bagitau dia mahupon Vagg, takut tak jadik pulak. Masa dapat kad undangan tu, aku dah siap book tempat tinggal kat Motel Desa, terus aku check internet dalam Google Map, rupanya selangkah je Motel Desa tu dengan rumah Vagg, hehe itu yang rezeki namanya. Apapon sekali lagi aku nak ucapkan selamat melayari bahtera perkahwinan, semoga kekal hingga ke akhir hayat. Kat bawah ni catatan perjalanan..

img_2154

Macam biasa aku memang suka travel dan aku mulakan perjalanan dari rumah pada hari Jumaat (13/3/09) lepas solat jumaat. Destinasi permulaan -> Dungun, rumah sepupu puan Anne.

img_2157

Menyusuri Lebuhraya Pantai Timur dengan aman, tanpa banyak kenderaan, pemanduan agak relaks tetapi quality permukaan jalan masih sejak dulu, agak bumpy dan lubang sana sini sepertimana mula aku menjejaki lebuhraya ini pada tahun 2005. Biler nak upgrade surface jalan dan biler nak sambung highway ni terus sampai ke bandar Kuala Terengganu?

img_2177

Aku sampai bandar Dungun, rumah sepupu Anne tepat jam 8 malam dengan niat menumpang tidur dan kalau tak silap nama tempat sepupu Anne ni kat Sura, dah dia pon pensyarah kat UiTM Dungun. Lepas mandi aku ajak mereka keluar makan kat bandar Dungun dan lepas tu terus balik tidur dek kerana kepenatan yang maha dahsyat. Bangun esoknya di waktu pagi, aku merayau ke depan rumah sepupu Anne ni menghirup udara segar yang lamannya memang menghadap lautan, kalau tak silap Pantai Teluk Lipat dan jelas terlihat Pulau Tenggol di seberang.

img_2181

Macam biasa anak anakku posing dengan sepupu sepapat sebelum bertolak ke Kuala Trengganu. Kami gerak lebih kurang jam 9:30 pagi.

img_2186

Melepasi perkampungan Rantau Abang, tapi penyu dah tak singgah bertelor di sini. Sepanjang perjalanan menyusuri tepian pantai, indah suasana permai.

img_2194

Sampai bandar Kuala Trengganu lebih kurang pukul 11 pagi. Salah sebuah bulatan yang tersergam dengan replika Batu Bersurat.

img_2192

Singgah merayau dulu kat Pasar Payang beli cenderamata je.

img_2195

Masa aku masuk petik gambar ni, kedua mempelai tidak perasan yang aku ni datang dari kejauhan. Lepas petik gambar ni aku pi salam Gabanz dari belakang dan memperkenalkan diri. Belum sempat Vagg menoleh melihat aku, aku dah cabut keluar pakai kasut sambil lambai kat Vagg yang macam tak percaya aku tiba. Aku terus senduk nasik dan makan dengan sopan, sambil memerhati pengantin yang membelakangkan khemah makan. (kenapa duduk makan membelakangkan kami dan menghadap dinding?) Habis makan, aku dok tunggu la si GabanZ ni tak sudah sudah makan, lama nau ko makan yek? hahaha. Hujan mula turun dan aku ajak semua rombongan bergerak balik untuk check- in kat hotel. Dalam perjalanan tu GabanZ tepon bertanya di mana dan dia kata nak bagi special gift dan suruh datang makan sekali lagi, aku cakap aku dah gerak dan bagitau kat dia petang nanti datang semula sebab nak check-in dulu dan tempat penginapan kami berada tidak jauh dari situ.

img_2199

Masa sampai kat sini, hujan turun dengan lebat sekali. Motel Desa ni terletak di atas sebuah bukit tengah bandar dan bersebelahan dengan Kompleks RTM Kuala Trengannu. Lepas check-in tu family sepupu Anne tadi pon bergerak pulang ke Dungun.

img_2207

Kira OK laa Motel Desa ni untuk sebuah family 5 orang macam aku. Ada 3 katil besar dan ruang pon luas. Lepas masuk, apalagi aku pon tido tak ingat punya sampai kol 5 petang. Petang tu lepas mandi aku pergi semula ke rumah pengantin dalam hujan lebat, GabanZ kata jamuan sampai pukul 6, tapi masa aku sampai pukul 5:45 takde pon dia pelawa aku suruh makan, tapi aku dapat tahu yang nasik  minyak dah habis..hahaha. Sempat laa aku berborak dengan GabanZ sekejap dan puan Anne beborak dengan Vagg sambil si Danish beraksi nakal dengan memterbalikkan kek perkahwinan mereka. Adoii nasib baik Vagg tak nampak masa tu, kalau tidak jenuh aku kena pi carik kek yang baru. Lepas tu aku pergi ke pantai Batu Burok makan petang. Malam tu aku cukup frust tak dapat nengok game MU dengan Liverpool lepas tu pulak dapat berita MU kena.

img_2211

Danish malu malu, tapi sebenarnya dia nak persembahkan sebuah lagu bertajuk Matahariku..hehe.

img_2215

Pagi Ahad, hujan turun tanpa henti dari pagi sampai la tengahari, budak budak ni bising nak mandi kolam, nak buat macamana hujan kejap renyai, kejap lebat tak henti henti. Dalam hati aku berkata kata tentu SYOK buat pengantin yang baru diijabkabulkan..ekeke. Akhirnya pukul 1 tengahari reda sekejap, masa tu ler aku hantar budak2 ni mandi, sebab kolam sebelah dewasa tu 10 kaki dalam, tu yang aku tak boleh biarkan budak ni mandi sendiri.

img_2203

Ni keropok lekor aku makan dekat Pantai Batu Burok.

img_2205

Aiskrim goreng ni pon, puan Anne yang makan, aku tak suka!

Pagi Ahad tu aku plan nak ke Losong tengok Masjid Kristal dan ronda ronda lagi bandar KT, tapi pasal hujan sepanjang hari, aku dok tidor je kat Motel..hehe. Lepas zuhur aku gerak balik, dari Marang sampai laa ke Kuantan hujan turun dengan lebat mencurah curah, seksa betul pemanduan aku. Dalam hujan lebat aku singgah Kuala Kemaman beli kopok lekor dan segala jenis kopok. Sampai Kuantan dari KT  ikut jalan lama tu lebih kurang pukul 7 petang dan biler masuk highway LPT aku tekan 140-150 km/j nak lepas geram. Sampai tol Gombak pukul 9 malam. Ada orang kirim kopok lekor, tapi biler aku pergi rumah dia nak hantar dia takde pulak, hangen satu badan betul aku masa tu sebab penat memandu selama 7 jam.

img_2228

Kuala Kemaman, tempat sopping kopok , masa ni hujan lebat sangat.

img_2229

Proses melenyek tepung membuat kopok lekor kat Kuala Kemaman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...