Happy besday Nadhira

img_2148

Hari Isnin baru ni, aku yang sedang nyenyak tido terganggu dek bunyik talipon rumah berdering dering bingit. Dengan perasaan malas membukak mata dan di dalam pisat aku melihat jam baru menunjukkan pukul 10:30 pagi sambil ternampak enpon ada 3 missed call. Apa kejadahnya? Dengan segera aku bingkas bangun terus ke ruang tamu mengangkat ganggang, kedengaran suara puan Anie di hujung talian. Dengan nada agak cemas puan memberitahu cikgu kelas Nadhira baru menalipon enpon mengatakan Nadhira jatuh kat sekolah dan mulut dia koyak. Buah kurmak ! benda yang paling aku takuti berlaku pada anak2 aku kat sekolah, terjadi jugak……

Aku cuba relaks dan menenangkan puan, tanpa berlengah pergi mandi dan bersiap, terus segera ke sekolah. Aku cari Nadhira kat bilik guru dan kat situ aku nampak dia baring kat atas sofa sambil menangis dan pabila melihat aku, tangisan dia bertambah kuat, hehe. Ku lihat tudung dan bajunya bermandikan darah, ku tengok bibir atas dia bengkak dan bila ku selak lelangit bibir yang atas tu terdapat luka yang agak panjang dan dalam, mungkin terkena gigi. Aku segera pergi berjumpa cikgu kelas dia dan bertanyakan hal, lalu cikgu Normah memberitahu yang dia terjatuh semasa rehat. Nadhira pula mengatakan ada murid lelaki yang berlari lari berkejaran sesama mereka melanggar dia di muka. Aku betul betul hangen dan kalau aku dapat siapa yang melanggar dia tu memang aku sunatkan dia sampai putus. Sejak buka sekolah lagi memang aku geram melihat murid murid lelaki yang bergurau dan berlari lari tanpa melihat kiri kanan dan terus melanggar apa yang ada kat hadapan. Nadhira ni dah laa Slow-Mental je apa yang dia lakukan, mudah jatuh dan fragile gitu. Nasihat aku kat dia lengkali supaya menjauhi murid murid lelaki yang suka berlari larian macam kera mabok todi. Syukurlah takde apa yang serius, tapi ngeri laa tengok darah banyak kat baju dan tudung. Aku bawa Nadhira ke klinik dan doktor ingin menjahit luka itu, dan macam biasa Nadhira akan menolak, taruk ubat je lah gamaknya. Kebetulan keesokan hari tu exam bermula, terpaksa aku pujuk baik baik supaya dia pergi juga sekolah esoknya. Alhamdulillah dan selesai exam dan sempat sambut besday hari ini.


Entri ni tak sempat nak post sejak awal tahun lagi. dok ader dalam draft dah lama. Sempena besday dia yang ke 7  hari ni, aku selitkan ler sekali.
Masa kecil dulu, aku tak berpeluang ke sekolah tadika, maklum ler tahun 70an mane ade tadika.  Zaman sekarang sekolah tadika melambak lambak di kawasan perumahan dan mereka berlumba lumba menyediakan kelas dan guru yang terbaik. Rezeki Nadhira yang berpeluang memasuki tadika antara yang terbaik berbanding Nisa’ dan mungkin Danish. Tahun pertama belajar (5 tahun) prestasi Nadhirah agak teruk dan memasuki tahun ke 2 (6 years) segalanya berubah dan di dapati tahap Nadhirah melangkui pencapaian kakaknya. Nadhirah juga aktif di dalam bidang sukan dan cemerlang dalam bacaan. Di samping 2 sijil dari Bacalah Anakku dan Little Impian, Nadhirah juga mendapat hadiah berupa buku dan Pinnochio Giant Book.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...