Dinner@Penang Village,Thank u Kak Cemut..

img_2261

Kata orang, kalau dah rezeki, tak ke mana. Peribahasa, rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Nak kata aku ni suka benda FREE tak juga, dah orang bagi, aku kebas aje le..wakaka. Rezeki tidak akan datang bergolek, kadang kadang ia datang dalam bentuk Complimentary..ekeke.

Apapon, aku nak ucapkan jutaan TERIMA KASIH buat seorang kakak yang tidak pernah melupakan adiknya, sentiasa mengambil berat hal ehwal adik dia, makan minum adik dia..hahahaha. Dialah satu satunya kakak yang aku ada kat dalam dunia ni (hahaha..bodek tak ingat) Ialah, aku mana ade kakak, adik beradik aku semuanya jantan..wakakaka. Kak, terima kasih kerana MENAJA makan malam kami anak beranak+Power Puff Girl yang tetiba seolah olah dapat mencium pergerakan kami, apatah lagi hal ehwal yang membabitkan makan FREE..muahahaha. Malam tadi kami ke Tropicana City Mall dekat Petaling Jaya, memang kak maknan dan masakan kat Penang Village Restaurant ni semuanya MARVELOUS belaka. Aku memang kenyang giler sampai tak boleh bangun dan sampai kami dah taktau nak order makan apa lagi. Kenapa laa akak bagi tau kat Restoran tu kami boleh order apa saja maknan sampai tahap NO LIMITS…hahaha. Kat bawah ni antara gambar yang sempat aku ambik, sebenarnya banyak lagi yang kami order, cuma aku tak sempat nak ambik gamba sebab begitu tekun menghabiskan juadah..hehe. Lagi satu kan kak, walaupon saya bawa 4 orang pompuan, tapi orang lelaki jugak yang menjadi juara menghabiskan sisa sisa peninggalan..wakaka. Oh! ya, pihak restoran kasik kitaorang bill masa dah habis makan, semuanya rm299 kak..ekeke.

img_2244

Kami malu malu masa mula nak order tu, just untuk permulaan kami order 4 orange jus, satu jus watermelon dan jus epal.

img_2245

Dishes-Yin Yang Garoupa

sedap ler, ni kami makan dengan nasi putih.

img_2246

Prawn Tom Yam Soup

aku yang habiskan udang semuanya..hehe.

img_2247

Black Pepper Beef

hidangan yang first sampai, masing masing kelaparan, ni pon jadi kami ratah dulu.

img_2248

Nyonya BBQ Chicken

untuk budak budak makan.

img_2250

Penang Nasi Tomato

ni powerpuff yang makan, yang ni kan kak, lambat sampai, sebelum tu dia dah tala nasik putih sepinggan, sedar tak sedar yang ni pon habis lenyap jugak…wakaka.

img_2253

Rainbow Ais Kacang

ABC yang tak macam ABC, aik, apsal aku tak sempat rasa yang ini?

img_2256

Ruby Melon Ice Cream

*Kak, kaum pompuan kan kak, habis makan nasik dan segala lauk pauk , depa order Penang Char Kueh Tiaw plak kak, lepas tu kan, Char Kue Tiaw tu pon semuanya lenyap kak..muahahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...