Butterfly

img_22311

Aku meminati semua jenis sukan kerana aku adalah pencinta sukan dan segala yang berkaitan dengan sukan. Tetapi sebuah sukan yang aku betul betul kata orang ‘terror’ main ialah table tennis atau nama timangannya ping-pong. Macam mana bagusnya aku atau terror ke tidak aku bermain pimpong, sila ler set kan date untuk kita berlawan..hahaha.

Bukti betapa bagus aku bermain pimpong ialah, aku terpilih menjadi Pengerusi merangkap Ketua Biro Kelab Ping Pong kat pejabat tempat aku bekerja. Sebelum tu aku nak citer sikit, kat kawasan perumahan aku baru je terbina sebuah dewan sukan dan untuk rekreasi. Terdapat sebuah meja ping-pong dan gelanggang badminton. Aku pernah turun bermain ping-pong sekali, tetapi hajat aku untuk mempamerkan aksi terbantut, kerana lawan yang aku temui dikalangan penduduk ketika itu tidak melepasi spec atau standard aku bermain, lepas tu aku langsung tak main dah kat situ..wakaka. Okay, berbalik kepada cerita kelab pimpong tadi, sebenarnya kami mendapat boss besar baru yang kaki sukan. Dalam masa tak sampai beberapa bulan, telah terbina gelanggang futsal, takraw dan gelanggang badminton yang baru di tempat kerja aku. Terbaru, kami akan mengadakan committe untuk permainan golf pula..perghhh! kini kelab sukan telah aktif dan aku betul betul bersemangat untuk datang bekerja sejak gemenjak ni kerana selama ini kami terpaksa bersukan secara sorok sorok. Aku juga aktif bermain badminton dan biler gelanggang futsal siap nanti, aku juga ingin turun bermain, dan mungkin aku terpaksa membuang cermin mata dan memesan kanta lekap kaler hijau..hahaha.

img_2230

Mesyuarat kelab sukan baru baru ini, pembentangan bajet aku untuk 2 buah meja ping-pong telah diluluskan dan aku dengan segera meng-order 2 buah meja ping-pong dari sebuah kedai sukan table-tennis khas terkenal melalui on-line. Dengan pantas mereka menghantar dan kami membayar cash setelah mereka menghantar meja tersebut ke pejabat. Sila lihat gambar pertama kat atas tu di mana boss penghantar sedang mengira duit..hehe. Harga on-line untuk sebuah meja ni ialah rm580 untuk jenama Butterfly yang memang terkenal seluruh dunia. Di sebabkan aku membeli 2 bijik , mereka memberikan diskaon sebanyak rm160 di samping net dan post percuma beserta 2 kotak bola berisi 12 biji.

img_2236

Kakak yang pakai baju kurung tu aku punya bendahari kelab sukan. Walaupon duit dia dah serah kat aku, tapi aku tetap bagitau dia masa meja sampai dan tanpa kekok, kakak selamba ambik bahagian untuk memasang meja dan net post sekali. Dengar citer kakak pon handal rupanya main main hayun dan lempang bola kenit ni..ekeke.

img_2234

Sempat posing laa pulak kakak aku sorang ni..hehe. Perlu diingat ping-pong termasuk dalam kategori Olympic Games tau, jangan pandang sebelah mata sukan ni. Permainannya nampak mudah, tetapi sebenarnya penguasaan gelanggang atas meja juga perlu dan kemahiran tangan memukul dan ketajaman mata untukĀ  memfokus perjalanan dan kelajuan bola. ‘Bat’ atau pemukul juga memainkan peranan dalam mempengaruhi pukulan bola atau untuk membuat spin. So aku plan untuk buat tournament inter department dan tebuka selewat lewatnya hujung bulan depan. Sekarang ni memang kami dok gigih berlatih, disamping itu dapat juga meningkatkan kecergasan badan dan minda. Biler badan berpeluh, otometik toksik dalam badan keluar kan? badan rasa sihat dan cergas dan buleh juga membantu untuk berdiet..wakaka. Akhir kata, majulah sukan untuk Negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...